Faktor-faktor penyakit diabetes di Kota Kinabalu

Lim, Cing Cing (2010) Faktor-faktor penyakit diabetes di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002855.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan faktor-faktor diabetes di kalangan pesakit diabetes. Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor diabetes dengan paras glukosa bagi pesakit diabetes di Kota Kinabalu. Objektif kedua, memodelkan faktor-faktor yang mengakibatkan penyakit diabetes di Kota Kinabalu. Data yang dikumpul dibekal oleh Klinik Kesihatan Luyang. Seramai 131 pesakit diabetes di Kota Kinabalu sebagai sampel kajian. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis statistik berperihalan dan model regresi berganda. Faktor jantina, umur, indeks jisim badan (BMI), tekanan darah sistolik dan tekanan darah diastolik dikaji melalui analisis statistik berperihalan. Keputusannya menunjukkan bahawa bilangan pesakit perempuan adalah tertinggi iaitu sebanyak 67 orang. Bagi faktor umur, pesakit yang berumur 51 tahun dan ke atas seramai 82 orang adalah kategori umur yang tertinggi. Kebanyakkan pesakit diabetes di Kota Kinabalu mempunyai BMI seramai 97 pesakit yang mempunyai nilai BMI 25 kg/m² ke atas. Tekanan darah sistolik dan diastolik adalah tinggi pada nilai kurang atau sama pada 140 mmHG dan 90 mmHG iaitu sebanyak 121 dan 146 orang. Model regresi berganda adalah untuk mengkaji hubungan paras glukosa dengan faktor-faktor diabetes. Keputusannya model terbaik adalah y = 4.3686 + 0.0003ß23. Model terbaik telah menunjukkan bahawa paras glukosa adalah bergantung kepada interaksi tekanan darah sistolik dan diastolik. Kesimpulannya, pesakit di Kota Kinabalu mempunyai umur, pesakit perempuan dan BMI yang tinggi, tekanan darah sistolik dan diastolik yang rendah dan nilai paras glukosa bergantung kepada interaksi tekanan darah sistolik dan tekanan darah diastolik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: diabetes, glucose, Kota Kinabalu, BMI, blood pressure
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jun 2016 08:37
Last Modified: 30 Oct 2017 11:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13299

Actions (login required)

View Item View Item