Pembangunan pangkalan data pokok menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di bukit Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.

Zainudin Alimudin (2010) Pembangunan pangkalan data pokok menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di bukit Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000003025.pdf

Download (526kB) | Preview

Abstract

Penggunaan peta pada masa sekarang semakin penting dalam membuat perancangan, candangan dan membuat keputusan dalam pengurusan dan pembangunan dalam satusatu kawasan. Untuk pengurusan kawasan hutan, Informasl mengenai geografi kawasan, kedudukan tumbuhan dan lain-lain yang mana boleh didapati dalam peta digital dapat membantu dalam memulihara, memantau dan membangunkan kawasan tersebut tanpa merosakkan tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. Satu kajian telah dijalankan untuk membangunkan sistem maklumat spatial menggunakan integrasi sistem maklumat geografi (GIS) di Bukit Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini dilakukan untuk mengumpul data inventori tumbuhan dan kawasan menarik di Bukit UMS, untuk membangunkan sistem pangkalan data bagi flora serta tarikan yang terdapat di Bukit UMS menggunakan teknologi GIS dan untuk membangunkan peta digital yang berinformasi menggunakan intergrasi sistem maklumat geografi. Daripada inventori yang dilakukan, 151 Individu pokok dari 20 spesis telah dikenalpasti dan data mengenai setiap spesis ini telah di simpan di dalam pangkalan data. Tumbuhan dari spesis Acacia auriculiformis yang merupakan pokok kayu bersaiz besar merupakan tumbuhan dominan di kawasan ini dimana 49% daripada keseluruhan individu pokok yang direkod adalah dari spesis ini. Peta digital dan pangkalan data yang telah di bina Ini dapat digunapakai oleh penyelidik dan pihak UMS dalam memantau, menyelidik, memulihara dan membangunkan kawasan ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Acacia auriculiformis , UMS Hill
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2016 14:39
Last Modified: 30 Oct 2017 11:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13463

Actions (login required)

View Item View Item