Pencirian dan pengukuran kecekapan elektrik bagi lampu diod pemancar cahaya (LED)

Tan, Pei Qi (2011) Pencirian dan pengukuran kecekapan elektrik bagi lampu diod pemancar cahaya (LED). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002916.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Tujuan projek ini adalah untuk mengkaji sifat-sifat elektrik bagi semikonduktor serta membuat perbandingan antara LED (Light Emitting Diode) yang mana dianggap peranti baru dalam sektor penerangan dan mentol CFL (Compact Fluorescent lamp) dari segi kecekapan tenaga elektrik dan juga beberapa aspek lain. Pencirian bagi lampu diod pemancar cahaya (LED) dan perbandingan dengan mentol CFL boleh dilakukan dengan pencirian bahan semikonduktor melalui eksperimen Kesan Hall; pencirian Arus-Voltan bagi mentol LED dan CFL; Pengukuran dan perbandingan tentang kecekapan tenaga elektrik bagi lampu LED dan CFL; Perbandingan nilai kekonduksian eksperimen dan teori dan Perbandingan tentang kehilangan tenaga haba bagi lampu LED dan CFL. Perbandingan telah dibuat berdasarkan hasil daripada uji kaji kesan Hall dan nilai teori kuasa mentol. Ketumpatan pembawa cas majoriti meningkat dengan peningkatan ketumpatan fluks magnet. Kerintangan pula adalah bernilai 1.35 x 10²Ωcm dan kekonduksian adalah 0.74 x 10�²Ω�¹ cm�¹ . Nilai hasil kesan Hall yang didapati menyokong dri-ciri elektrik bagi LED, iaitu arus berkadar langsung dengan kekonduksian dan berkadar langsung dengan kuasa. Kecekapan tenaga bagi mentol LED 1 adalah 96.67%, LED 2 adalah 98.67%, LED 3 adalah 80.00%, LED 4 adalah 85.97% dan mentol CFL adalah 50.13%. terdapat 2 mentol LED mempunyai kecekapan hampir kepada 100%. Bagi mentol yang mempunyai kecekapan yang rendah, contohnya mentol CFL, hampir 50% daripada tenaga dibekalkan melesap melalui bentuk haba, keadaan yang sama berlaku pad a mentol LED yang lain, hanya pelesapan habanya lebih kurang. Kesimpulannya, sifat-sifat bahan semikonduktor yang berkekonduksian tinggi menyebabkan mentol LED berkecekapan tinggi. Pada akhir projek ini, akan dibuktikan bahawa semua mentol LED adalah lebih cekap daripada mentol CFL.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: semiconductors, LED, CFL bulbs, energy efficiency
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jun 2016 10:40
Last Modified: 07 Nov 2017 11:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13530

Actions (login required)

View Item View Item