Taburan Cd, Pb dan Cr dalam rumpai laut Caulerpa lentillifera dan sedimen di pulau Mantanani Kechil, Kota Belud

Fatmahwaty Sawada (2011) Taburan Cd, Pb dan Cr dalam rumpai laut Caulerpa lentillifera dan sedimen di pulau Mantanani Kechil, Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002923.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk megenalpasti tabu ran dan hubungkait logam berat (Cd, Pb dan Cr) dalam rumpai laut C. lentillifera di stesen terpilih di Pulau Mantanani Kechil, Kota Belud. Sampel sedimen iaitu pasir juga telah diambil untuk mengenalpasti tabu ran kepekatan logam berat kajian dan pengaruhnya terhadap penumpukan logam berat dalam rumpai laut C. lentillifera dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai keadaan persekitaran. Sampel diambil di dua stesen yang berlainan yang terletak kira-kira 50 meter dari pesisir laut Pulau Mantanani Kechil. Sampel dianalisis dengan menggunakan kaedah penghadaman menggunakan asid nitrik (HNO₃) 65% dan dianalisis dengan menggunakan Spektrometri Serapan Atom (AAS). Nilai Pb dieatatkan dalam C. lentillifera adalah 14.84µg g�¹ bk, Cr ialah 11.19 µg g�¹ bk manakala Cd adalah 4.55 µg g�¹ bk. Sedimen pula mencatatkan nilai kepekatan Pb iaitu 51.22 µg g�¹ bk, Cr iaitu 9.28 µg g�¹ bk manakala Cd pula 4.14 µg g�¹ bk. Nilai kepekatan logam kajian yang paling tinggi dieatatkan dalam C lentillifera dan sedimen adalah sama dan menurun mengikut Pb>Cr>Cd. Nilai kepekatan logam kajian adalah masih pada tahap yang rendah dan kurang peneemaran logam berat yang berlaku di kawasan perairan Pulau Mantanani.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: heavy metal, seaweed, caulerpa lentillifera
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 28 Jun 2016 11:36
Last Modified: 07 Nov 2017 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13537

Actions (login required)

View Item View Item