Kay, Soo Hooi (2010) Kesan kadar aliran terhadap rawatan logam berat dalam air sungai Sembulan dengan menggunakan zeolit semula jadi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002940.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kehadiran kepekatan awal logam berat Pb dan Cu dalam air Sungai Sembulan dan seterusnya menentukan keaclaan terbaik dan aspek hidraulik terhadap penyingkiran logam berat dengan menggunakan zeolit Klinoptilolit semulajadl. Kesan tempoh pertahanan hldraulik (HRT) dalam penjerapan logam berat daripada larutan telah dijalankan dalam tiga keadaan iaitu kesan ke atas masa (minit), kesan ke atas kadar aliran (mL/s), dan kesan ke atas kepekatan awal logam berat dalam sampel (ppm). Keputusan kajian mendapati HRT meningkat dengan masa tetapi menurun dengan peningkatan kadar aliran yang dijalankan dalam eksperimen. Sebaliknya, peratusan penjerapan logam berat pula meningkat dengan peningkatan masa yang diambil tetapi menurun dengan peningkatan kadar aliranyang ditentukan dalam eksperimen. Oleh itu, peratusan penjerapan logam berat meningkat dengan peningkatan HRT. Peratusan penjerapan Pb adalah lebih tinggi daripada Cu oIeh zeolit semuta jadi yang selaras dengan siri-siri pemilihan lonion logam berat oleh zeolit semula jadi. Kepekatan awal logam berat Pb dan Cu bagi air Sungai Sembulan yang telah digunakan dalam eksperimen adalah 1.055 ppm dan 0.048 ppm masing-masing. Peratusan penjerapan yang maksimum bagi Pb daripada sampel air Sungai Sembulan adalah 99.2% yang dicapai pada kadar aliran optimum bernilal 0.6 mL/s manakala peratusan penjerapan maksimum bagi Cu adalah 100% yang telah dicapai dalam masa 10 minit selepas eksperimen dijalankan. Secara keseluruhannya, keadaan yang paling sesuai untuk penyingkiran Pb dan Cu dalam rawatan air Sungai Sembulan adalah dengan masa yang semakin panjang (30 minit), kadar aliran (0.6 mL/s), kepekatan awal logam berat dalam sampel (di bawah ± 10 ppm), dan tempoh pertahanan hidraulik HRT (< 7.1 minit).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | concentrations, heavy metals, river, hydraulic, natural zeolite clinoptilolite |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 14 Jul 2016 10:09 |
Last Modified: | 07 Nov 2017 11:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13566 |
Actions (login required)
View Item |