Mohd Haziq Abdul Hamid (2008) Kesan kombinasi kompleks additif ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid telinga gajah, Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002947.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan kompleks additif 1 % (w/v) ekstrak ubi kentang, 10% (v/v) air kelapa 10% (w/v) homogenat pi sang sarna ada secara sendiri atau kombinasi ke dalarn media asas KC atau media asas baja komersil Florica terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Phalaenopsis gigantea in vitro. Kajian telah dilakukan selarna 155 hari dan parameter indeks pertumbuhan ditentukan scbagai ukuran pertumbuhan dan perkembangan protokom P. gigantea. Hasil kajian mendapati nilai purata indeks pertumbuhan protokom yang dikultur pada media asas KC adalah paling tinggi (407.50±32.79 hingga 562.50±20.72) berbanding dengan media baja komersil Florica (216.25±34.97 hingga 365.63±134.88). Media KC dengan penambahan 1% (w/v) ekstrak ubi kentang adalah yang terbaik dalarn perturnbuhan dan perkembangannya dengan purata indeks perturnbuhan 562.50±20.72. Keadaan yang sarna juga berlaku pada media KC yang ditambah dengan kombinasi 10% (v/v) air kelapa dan 1% (w/v) ekstrak ubi kentang (544.38±56.25), 10% (w/v) homogenat pisang (510.63±35.61), dan 10% (v/v) air kelapa (470.00±29.01). Penarnbahan kombinasi bahan additifhomogenat pisang dan air kelapa atau ekstrak ubi kentang dan homogenat pisang didapati tidak merangsang pertumbuhan dan perkembangan protokom P. gigantea. Indeks pertumbuhan yang dicatatkan selepas 155 hari dikultur tidak berbeza secara signifikan dibandingkan dengan media tanpa sebarang bahan additif. Kesimpulannya, penggunaan media asas KC yang ditambah dengan kompleks additif secara sendiri adalah terbaik dalam merangsang pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid P. gigantea in vitro.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | commercial fertilizer Florica, in vitro, protocorm, growth index, Phalaenopsis gigantea |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 13 Jul 2016 09:20 |
Last Modified: | 07 Nov 2017 11:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13574 |
Actions (login required)
View Item |