Norafiza Lunggo @ Yusri (2008) Kajian populasi buaya air masin, Crocodylus porosus di Sungai Serudong, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002960.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Sebanyak tiga penelitian bagi buaya (Crocodylus porosus Schneider) telah dijalankan di antara bulan Disember 2007 sehingga bulan Februari 2008, di Sungai Serudong. Jarak penelitian terhad di kawasan yang dipengaruhi oleh air pasang-surut dengan jarak minimum dan maksimum adalah 17 dan 25 km masing-masing. Tinjauan dilakukan ketika air surut pada waktu malam (1900-0600) berpandukan kepada jadual pasang-surut bagi Bandar Tawau. Dua orang pemerhati meneliti setiap tebing sungai dengan menggunakan lampu sorot daripada bot dengan kelajuan 6.0-8.0 km/j. Buaya yang dikesan dikelaskan kepada tujuh kategori kelas: Kelas 1 (≤0.5 m); Kelas 2 (0.5 - ≤1.0 rn); Kelas 3 (> 1.0 - ≤1.5 m); Kelas 4 (> 1.5 - ≤2.0 m); Kelas 5 (> 2.0 - ≤ 3.0 m); Kelas 6 (> 3.0 m); Kelas 7 (MS,mata sahaja). Kedudukan buaya ditandakan di dalam GPS (Global Positioning System). Sejumlah 43 ekor buaya telah dikesan sepanjang kajian dijalankan dengan jarak terkumpul sejauh 59 km. Kepadatan populasi buaya di antara bulan Disember dan Februari telah dianggarkan di antara 0.36-1.06 km�¹. Individu kelas 1 merupakan individu yang paling banyak dikesan (53.5%) diikuti individu kelas 7 (37.2%), individu kelas 3 (4.7%) dan akhir sekali individu kelas 2 dan kelas 5 (2.3%). Taburan individu kelas satu lebih tertumpu di kawasan hulu sungai (krn 0-10) manakala individu yang lebih besar berada di kawasan muara sungai (km 12-26). Kehadiran buaya Kelas 1 dan Kelas 7 pada pecahan yang lebih besar menunjukkan bahawa Sungai Serudong adalah kawasan yang sangat sesuai bagi habitat pembiakan buaya. Kehadiran buaya kelas 7 pada jumlah yang besar juga menunjukkan bahawa populasi buaya di Sungai Serudong sedang menuju kepada kapasiti pembiakan yang semakin tinggi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | crocodile, tide, population, reproduction |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 13 Jul 2016 10:22 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13590 |
Actions (login required)
View Item |