Kajian tentang kesedaran alam semulajadi komuniti setempat terhadap keunikan Nepenthes di Taman Kinabalu, Sabah

Nurfarah Hanan Makmor (2010) Kajian tentang kesedaran alam semulajadi komuniti setempat terhadap keunikan Nepenthes di Taman Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002988.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang kesedaran alam semulajadi komuniti setempat terhadap keunikan Nepenthes telah dijalankan di Taman Kinabalu dengan memilih Mesilau Nature Centre sebagai lokasi kajian. Kaedah borang soal selidik telah digunakan untuk mengkaji tahap pengetahuan responden tentang kesedaran alam semulajadi dan keunikan Nepenthes. Kaedah persampelan kuadrat telah dilakukan bagi mengetahui taburan Nepenthes di lokasi kajian Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang tinggal di sekitar Mesilau Nature Centre. Pengetahuan tentang kesedaran alam semulajadi antara respond en adalah pada tahap tinggi dengan majoriti nilai peratus sebanyak 53.33%. Pengetahuan tentang keunikan morfologi Nepenthes juga berada pada tahap tinggi dengan majoriti nilai peratus sebanyak 60%. Hubungan antara pengetahuan tentang kesedaran alam semulajadi dengan keunikan Nepenthes menunjukkan tiada hubungan secara signifikan (p>0.01). Setiap individu adalah berbeza pengetahuannya antara tentang kesedaran alam semulajadi dengan keunikan morfologi Nepenthes. Sebanyak empat spesies Nepenthes yang telah ditemui sepanjang kajian ini iaitu Nepenthes rajah, Nepenthes burbidgeae, Nepenthes tentaculata dan Nepenthes Fusca yang masing-masing mempunyai taburan yang berbeza pada trail Nepenthes dan trail Summit.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: natural awareness, uniqueness, Nepenthes, level of knowledge
Subjects: Q Science > QH Natural history
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 14 Jul 2016 10:55
Last Modified: 20 Nov 2017 11:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13596

Actions (login required)

View Item View Item