Leong, Hilary Puh (2010) Pembuatan bateri menggunakan air laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003007.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Projek ini merupakan pembinaan sebuah prototaip bateri yang mampu menghasilkan tenaga yang berupaya untuk menyalakan LED dengan menggunakan air laut sebagai elektrolit dan menggunakan pasangan elektrod yang terpilih. Untuk mengkaji kebolehan protalp baterl ini, lima eksperimen telah dijalankan. Kellma-lima eksperimen ini menggabungkan konsep kajian elektrod dan juga kajian susunan litar selari dan bersiri. Fasa pertama eksperimen iaitu pemillhan elektrod yang paling sesuai dijalankan dengan keputusan bahawa pasangan elektrod aluminium-kuprum menghasilkan arus yang lebih baik iaitu 3.5mA sehingga 4.0mA bagi setiap sel yang digunakan dengan voltan O.4V sehingga O.SV. Pada fasa kedua, empat eksperimen telah disediakan iaitu rekabentuk 24 sel secara bersiri, 32 sel secara bersiri, 16 set bersiri + 2 x 4 sel bersiri-seiari dan 24 sel bersiri + 2 x 4 sel bersiri-selari. Dalam eksperimen tersebut, keputusan yang didapati menunjukkan apabila set bertambah dalam susunan bersiri voltan akan meningkat manakala sel bertambah dalam susunan selari menyebabkan kenaikan arus. Selain itu, pasangan sel yang digabungkan secara hibrid seperti dalam pengujian 16 sel bersiri + 2 x 4 seI bersirisetari mampu menghasilkan voltan maksimum 10.43V, arus maksimum 23.62mA dan kuasa yang dihasilkan pula adalah 0.246 watt. Akhirnya, 24 sel bersiri + 2 x 4 sel bersiri-selari dipilih menjadi prototaip bateri yang mampu menghasilkan voItan maksimum 13.S4V dengan bacaan yang malar dan arus maksimum 25mA dengan kuasa 0.339 watt. Manakala ampere-jam yang dihasilkan bagi 16 set bersiri + 2 x 4 set bersiri-selari adalah 0.496Ah. Manakala 24 seI bersiri + 2 x 4 set bersiri-selari adalah 0.5232Ah yang jelas menunjukkan ampere-jam yang lebih tinggi berbanding dengan semua rekabentuk sel yang dihasilkan
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | battery, prototype, seawater, electrolyte, generate energy |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 15 Jul 2016 16:27 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13614 |
Actions (login required)
View Item |