Ting, Suok Ming (2010) Penilaian ke atas koleksi dan status taksonomi semut genus Vollenhovia mayr, 1865 (formicidae: myrmicinae) di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003011.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Dalam kajian ini, status koleksi semut Vollenhovia di tiga pusat koleksi utama di Sabah telah dinilai. Status taksonomi semut Vollenhovia di Sabah juga dikaji untuk membina kekunci pencaman dikotomi untuk identifikasi Vollenhovia. Koleksi semut Vollenhovia di tiga pusat koleksl: BORNEENSIS, Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok dan Taman Kinabalu telah dikaji. Spesimen basah semut Vollenhovia dikumpul dari tiga kawasan pengumpulan di Sabah: Air Terjun Mahua, Poring dan Taman Bukit Tawau. liga teknik pengumpulan dig una; manual, perangkap lubang berumpan dan teknik Winkler. lebih banyak semut Vollenhovia dapat ditangkap dengan teknik Winkler, empat individu; diikuti teknik perangkap lubang berumpan, tiga individu dan teknik manual, satu individu. Dalam kajian ini, sebanyak 24 morfospesies semut Vollenhovia terdapat di Sabah seta kat ini. Spesimen-spesimen ini adalah dari 11 lokaliti di Sabah. BORNEENSIS mempunyai spesimen Vollenhovia yang paling banyak. Semua spesimen semut Vollenhovia hanya dinamakan sebagai morfospesies sahaja. Kekunci pencaman dikotomi untuk spesies di bawah genus Vollenhovia telah dibina berdasarkan pemerhatian daripada 20 morfospesies Vollenhovia di BORNEENSIS.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Vollenhovia ants, dichotomous key, BORNEENSIS, pitfall trap, Winkler's Sampling |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 15 Jul 2016 16:27 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:40 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13618 |
Actions (login required)
View Item |