Razilah Latip (2008) Kesan kadar pemberian baja nitrogen, Pâ‚‚Oâ‚… dan Kâ‚‚O ke atas pertumbuhan dan kualiti jagung pulut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003015.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pemberian beberapa kadar baja nitrogen (N), fosforus (Pâ‚‚Oâ‚…) dan kalsium (Kâ‚‚O) ke atas tumbesaran, hasil dan kualiti jagung pulut serta mengenalpasti kadar baja yang memberlkan tumbesaran, basil dan kualiti jagung pulut yang maksimum. Terdapat lima rawatan dalam kajian ini dengan setiap satunya mengandungi tiga replikasi. Lima kadar baja yang digunakan sebagai rawatan ialah Tl (30 kg N, 45 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 75 kg Kâ‚‚O), T2 (60 kg N, 60 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 90 kg . Kâ‚‚O), T3 (90 kg N, 60 kg Pâ‚‚Oâ‚…,, 120 kg Kâ‚‚O), T4 (130 kg N, 60 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 130 kg Kâ‚‚O) dan T5 (150 kg N, 90 kg Pâ‚‚Oâ‚…,, 150 kg Kâ‚‚O). Penanaman bermula pada 29 Disember 2007 dan penuaian dilakukan pada 21 Mac 2008 dengan pemberian baja asas (basal dressing) dilakukan sebelum penanaman dan penaburan baja atas (top dressing) dilakukan semasa bunga jantan muncul. Berdasarkan kajian ini, penggunaan kadar baja sebanyak 150 kg N, 90 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 150 kg Kâ‚‚O memberikan kesan yang terbaik kepada tumbesaran utau pertumbuhan vegetatif (vegetative growth) pokok jagung pulut iaitu dari segi bilangan daun, panjang daun, lebar daun dan tinggi pokok jagung. Bagi kadar pertumbuhan pokok jagung pulut (crop growth rate) pula, kadar baja sebanyak 130 kg N, 60 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 130 kg Kâ‚‚O memberikan kesan yang terbaik. Untuk pengbasilan tongkol jagung pulut yang berhasil tinggi dan berlrualiti, kadar baja sebanyak 130 kg N, 60 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 130 kg Kâ‚‚O menunjukkan prestasi yang terbaik dari segi herat tongkol tanpa kulit, panjang tongkol, ukur lilit tongkol dan bilangan barisan bijirin per tongkol yang tinggi berbanding dengan nisbah kadar baja yang lain. Penggunaan kadar baja 130 kg N, 60 kg Pâ‚‚Oâ‚…, 130 kg Kâ‚‚O memberikan penghasilan tongkol jagung pulut yang berkualiti tinggi di dalam tahap kekerasan bijirin jagung (1.31 N) dan kandungan gula di dalam bijirin jagung (2.5 % Brix).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | fertilizer, glutinous corn, growth, phosphorus, nitrogen |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Aug 2016 14:15 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13665 |
Actions (login required)
View Item |