Lim, Seng Keong (2008) Kajian awal ektoparasit pada kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros) di ladang kelapa sawit, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003067.pdf Download (592kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal tentang ektoparasit pada kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros) di ladang kelapa sawit di Sabah. Objektif kajian ini termasuklah mengenalpasti ektoparasit pada kumbang tanduk, mengkaji kadar infestasi ektoparasit pada kumbang ini serta membandingkan kadar infestasi ektoparasit pada kumbang jantan dan kumbang betina. Persampelan telah dijalankan secara intensif di antara bulan November hingga Disember 2007 pada Ladang Permai, Lahad Datu dan Ladang Langkon, Kota Marudu. Dua kaedah telah digunakan untuk persampelan kumbang tanduk iaitu perangkap cahaya dan perangkap feromon (P046 Sime RB). Setiap kumbang yang ditangkap diberus menggunakan berus yang telah dibasahkan dengan etanol 70% seterusnya berus tersebut dice1upkan dalam botol Bijou yang mengandungi etanol 70% dan gliserin. Secara keseluruhan, 364 ekor kumbang tanduk telah ditangkap dari kedua-dua ladang kelapa sawit. Sebanyak 30 ekor kumbang tanduk ditangkap di Ladang Perrnai dan 334 ekor kumbang tanduk ditangkap di Ladang Langkon. Dua spesies sengkenit telah dikenalpasti sebagai ektoparasit pada kumbang ini iaitu Ixodes sp 1 dan Ixodes sp2. Kadar infestasi ektoparasit pada kumbang tanduk di Ladang Permai ialah 36.7% manakala di Ladang Langkon ialah 35.6%. Didapati, kadar infestasi ektoparasit pada kumbangjantan ialah 16.7% dan 41.7% pada kumbang betina. Di Ladang Langkon, kadar infestas ektoparasit pada kumbang jantan dan kumbang betina ialah 31.3% dan 38.5%. Hasil kajian ini juga menunjukkan tiada infestasi ganda dua pada kumbang ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | rhinoceros beetle, ectoparasite, oil palm plantations, infestation rate |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Aug 2016 09:30 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:44 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13682 |
Actions (login required)
View Item |