Jackson James (2008) Aplikasi fotodiod sebagai sensor kepada ampaian langsir automatik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003068.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangunankan satu prototaip ampaian langsir automatik. Prototaip ampaian langsir ini menggunakan peranti optoelektronik iaitu fotodiod yang akan berfungsi sebagai sensomya. Dalam kajian ini tiga litar telah dibangunkan untuk memastikan ampaian automatik ini dapat berfungsi. Litar-litar yang terlibat ialah litar pemasa bagi mekanisme tolak litar pemasa bagi mekanisme tarik dan juga litar pengesan cahaya dimana fotodiod digunakan. Litar pengesan cahaya ini berfungsi sebagai suis kepada litar pemasa yang disambungkan kepadanya. Prestasi bagi setiap litar ini telah diuji dan dilakukan analisa. Ampaian langsir ini akan berfungsi apabila peranti optik iaitu fotodiod mengesan kehadiran cahaya dan seterusnya menyebabkan geganti pada litar tercetus. Geganti ini bertindak sebagai suis kepada dua litar pemasa yang telah disambung kepadanya. Mekanisma tolak dan tarik pada litar pemasa akan menggerakkan dawai ampaian dengan bantuan motor yang terdapat pada litar pemasa. Secara kesimpulannya prototaip ampaian langsir ini dapat berfungsi pada masa tertentu yang mana pada keamatan cahaya tinggi (waktu pagi) ia menarik langsir agar terbuka dan pada keamatan cahaya rendah (waktu petang) ia menolak langsir agar tertutup.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | prototype, automatic curtain lines, photodiode |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Aug 2016 14:15 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13683 |
Actions (login required)
View Item |