Nurulashikin Abdul Jamil (2008) Kesan perbezaan kepekatan hormon 2,4-D dan TDZ ke atas proses somatik embriogenesis pada bahagian daun orkid cymbidium finlaysonianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003071.pdf Download (507kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan kombinasi honnon 2,4-dichlorophenoxyacetic acid (2,4-D) dan Thidiazuron (TDZ-N-phenyl-N'-1,2, 3-thidiazol-5-ylurea) terhadap somatik embryogenesis pada keratan bahagian daun Cymbidium finlaysonianum. Media yang digunakan adalah ½ MS bersama dengan kehadiran sukrosa sebanyak 30 g/L. Sebanyak tiga (3) kepekatan hormon 2,4-D telah digunakan iaitu 0, 3.3, 10.0 mg/L manakala kepekatan TDZ yang digunakan adalah 0, 0.1, 0.3, 0.5 dan 1.0 mglL. Eksplan yang digunakan adalah keratan hujung daun muda dan pangkal daun muda. Parameter yang ditentukan adalah bilangan eksplan yang membentuk kalus, menghasilkan pucuk dan jasad seperti protokonn (JSP). Keputusan yang diperolehi mendapati hanya media yang ditambah dengan 0.3mg/L TDZ, dan kombinasi 3.3mg/L 2,4-D dan 0.5mg/L sahaja berjaya mengaruhkan pembentukan kalus, masing-masing dengan min 5.56% selepas 120 hari pengkulturan. Hasil kajian juga mendapati 38.89% eksplan yang dikultur pada media yang ditambah dengan 3.3mg/L 2,4-D telah menghasilkan pucuk dan 11.11% eksplan yang dikultur di dalam media yang sama telah menghasilkan JSP. Peratus kematian eksplan pada semua media adalah agak tinggi di mana untuk media yang ditambah dengan 0.1mg/L TDZ sahaja dan media dengan kombinasi 0.1mg/L TDZ dan 3.3mg/L 2,4-D mencatatkan kematian eksplan sehingga 100% selepas 100 hari dikultur.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | somatic embryogenesis, young leaf segment, Cymbidium finlaysonianum, Thidiazuron |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Aug 2016 14:15 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:44 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13686 |
Actions (login required)
View Item |