Kajian histopatologi tisu otak Lates Calcarifer yang dijangkiti Viral Nervous Necrosis (VNN)

Nor Ashida Ahmad (2008) Kajian histopatologi tisu otak Lates Calcarifer yang dijangkiti Viral Nervous Necrosis (VNN). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003073.pdf

Download (654kB) | Preview

Abstract

Viral nervous necrosis (VNN) adalah salah satu penyakit ikan yang disebabkan oleh jangkitan betanodavirus. Kajian mengenai jangkitan VNN telah dijalankan ke atas tisu otak ikan daripada spesies Lates caIcarifer menggunakan teknik histopatologi. Beberapa sampel ikan yang berlainan usia te1ah digunakan dalam kajian ini, iaitu ikan-ikan yang berusia 15, 19, 20,24,26,27,30,31,32,35, 37,41,45,50,52,56,60,65, 70, 74, 80, 92, dan 102 hari selepas penetasan. Objektif kajian ini adalah untuk mempelajari teknik histopatologi bagi mengenalpasti tisu otak yang dijangkiti oleh VNN, mengenalpasti perubahan serta kesan yang berlaku pada tisu otak ikan yang dijangkiti oleh VNN, dan menentukan peringkat usia ikan yang dijangkiti oleh VNN. Daripada hasil kajian ini, beberapa teknik baru telah dapat dipelajari dan boleh diaplikasikan dalam kajian serta penyelidikan histopatologi yang lain pada masa akan datang. Melalui kajian histopatologi ini, pembentukan vakuolasi berlaku di dalam tisu otak beberapa sampel ikan yang dijangkiti oleh VNN. Perubahan-perubahan yang banyak atau sedikit akibat daripada penyakit ini telah diperhatikan pada sampel-sampel tersebut. Keputusannya, tiada penentuan usia ikan yang spesifik bagi jangkitan VNN. Ciri-ciri klinikal bagi ikan-ikan ini juga tidak dapat menentukan samada tisu otak ikan-ikan tersebut telah dijangkiti atau belurn dijangkiti. Penerangan tambahan mengenai kajian ini telah diterangkan di dalam bab perbincangan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Viral nervous necrosis (VNN), fish diseases, betanodavirus, histopathology technique, Lates calcarifer
Subjects: ?? QR75-99.5_Bacteria ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Aug 2016 09:43
Last Modified: 20 Nov 2017 11:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13688

Actions (login required)

View Item View Item