Emmly Sinti (2008) Pengaruh luahan sungai ke atas kepekatan nutrien di Sungai Telipok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003078.pdf Download (639kB) | Preview |
Abstract
Kajian tentang pengaruh luahan sungai ke atas kepekatan nutrien telah jalankan di Sungai Telipok. Objektif kajian ini adalah bagi menentukan luahan semasa Sg. Telipok dan bagi mengenalpasti hubungan diantara kadar luahan sungai dengan kepekatan nutrien. Parameter-parameter yang diukur termasuk suhu, pH, oksigen terlarut, nitrat, nitrit, fosfat dan sulfat. Bacaan bagi pengukuran suhu, pH, dan oksigen terlarut diambil semasa di lapangan dengan menggunakan YSI dan hydrolab. Manakala bagi nitrat, nitrit, sulfat dan fosfat, analisis dijalankan di dalam makmal dengan menggunakn Protable data logging spectrophotometer (Hach Kit DR 2000). Luahan sungai semasa sepanjang tempoh kajian (30 Nov 2007 hingga 23 Feb 2008) adalah dalam julat 0.221 m³s�¹ hingga 2.71 m³s�¹. Kadar luahan Sg. Telipok didapati mempunyai hubungan linear yang sangat baik (R2 = 0.9511) dengan aras air. Parameter insitu iaitu pH dan oksigen terlarut tidak banyak dipengaruhi oleh kadar luahan. Manakala, kadar luahan didapati mempengaruhi suhu dan kepekatan nutrien iaitu nitrat, nitrit, fosfat dan sulfat dimana semakin tinggi kadar luahan sungai, kepekatan nutrien yang diperolehi adalah semakin rendah. Ini adalah disebabkan oleh proses pembauran dan pencairan yang berlaku selepas hujan yang telah menyebabkan peningkatan kadar luahan air sungai. Oleh itu, perubahan kadar luahan air dan aliran air akan mempengaruhi kepekatan nutrien dalam air sungai.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | nutrient concentrations, river discharge, temperature, Telipok River |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Aug 2016 14:14 |
Last Modified: | 13 Nov 2017 10:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13694 |
Actions (login required)
View Item |