Darmiah Kasman (2008) Tahap kesedaran masyarakat di sekitar bandar Tawau terhadap pembuangan plastik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003079.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Selari dengan kemajuan dan pembangunan negara yang semakin pesat membangun, pembuangan plastik menjadi isu yang semakin penting pada masa kini. Masalah ini semakin serius khususnya di kawasan-kawasan bandar dan kawasan-kawasan terpencil. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesedaran responden terhadap pembuangan plastik serta mengenal pasti akan langkah-langkah bagi mengurangkan pembuangan plastik di kawasan kajian. Kajian telah dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik, seramai 200 orang responden di daerah Tawau te1ah dipilih secara rawak dan responden diajukan soalan mengenai latar belakang responden, pengetahuan tentang alarn sekitar serta pengetahuan tentang plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa 46.7% masyarakat di daerah Tawau mempunyai tahap kesedaran tentang plastik. lni menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden di daerah ini mengenai pembuangan plastik berada pada tahap yang sederhana. Beberapa langkah bagi mengurangkan pembuangan plastik dapat dikenal pasti seperti wujudnya persatuan alam sekitar, pendidikan yang berterusan, penglibatan masyarakat di semua peringkat, kemudahan yang disediakan serta wujudnya promosi dan iklan-iklan pengurangan tentang plastik Pelbagai program dan aktiviti perlu diperluaskan lagi bagi membimbing masyarakat agar tabu akan masalah dan kaedah yang perlu diambil bagi menghalang masalah ini menjadi semakin teruk.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | plastic disposal, awareness, steps to reduce |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Aug 2016 14:14 |
Last Modified: | 13 Nov 2017 10:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13696 |
Actions (login required)
View Item |