Roland Ding (2008) Pembinaan litar pengesan gegaran yang berfungsi sebagai model penggera keselamatan pintu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003080.pdf Download (6MB) | Preview |
Abstract
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk membina satu litar pengesan gegaran mudah alih yang praktikal. Litar pengesan gegaran mudah alih ini merupakan litar yang menggunakan sebuah pembesar suara sebagai pengesan gegaran. Litar ini berfungsi berdasarkan prinsip pemotongan fluks magnet di mana apabila berlakunya satu gegaran pengesan gegaran iaitu pembesar suara turut bergetar dan seterusnya memotong fluks magnet dan akan menghasilkan arus yang keeil. Arus yang kecil ini kemudian akan dikuatkan oleh transistor yang bertindak sebagai pengayun dalam litar ini. Sebuah transmitter akan menerima arus dari litar pengesan gegaran ini sebagai input akan menghantar isyarat gelombang kepada sebuah penerima seterusnya akan menghidupkan litar ini dan dianggap sebuah litar pengesan gegaran yang sempurna. Dalam kajian ini litar telah diuji dan terdapat beberapa masalah yang timbul terutamanya pada MOSFET yang digunakan dalam litar. MOSFET yang digunakan gagal mengalirkan arus yang boleh mengaktifkan transmitter. MOSFET yang lebih sesuai dengan konfigurasi litar perlu digunakan bagi membolehkan litar berfungsi dengan baik. Litar pengesan gegaran ini berjaya dibina tetapi gagal berfungsi dengan baik.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | seismic detector, transistor, MOSFET, speaker, circuit |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering Q Science > QC Physics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Aug 2016 09:38 |
Last Modified: | 13 Nov 2017 10:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13697 |
Actions (login required)
View Item |