Penentuan ciri-ciri fizikal dan kimia susu lembu mentah dan susu lembu yang dirawat

Nur Nadiah Abdul Rashid (2009) Penentuan ciri-ciri fizikal dan kimia susu lembu mentah dan susu lembu yang dirawat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003111.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Satu kajian ke atas ciri-ciri flzikal dan ldmia bagi susu lembu berjenama Desa iaitu susu lembu mentah dan susu lembu yang dirawat melalui proses pempasteuran dan penghomogenan telah dijalankan. Dua sampel susu mentah diperolehi dari Pusat Pengumpulan Susu Desa Farm, Kundasang, Sabah manakala sampel susu yang dirawat dibeli dari Pasaraya Servay di Likas, Sabah. Ciri-ciri fizikal yang dianalisis adalah kandungan air, kandungan pepejal susu dan kandungan abu manakala ciri-ciri kimia yang dianalisis adalah kandungan lemak protein dan mineral (kalsium, kalium, natrium dan magnesium) di samping elemen surihan (besi dan zink). Daripada analisis yang didapati dengan menggunakan alat pembelru-kering, kandungan air bagi susu lembu adalah di menghampiri 87%. Kandungan pepejal susu bagi setiap liter sampel susu adalah di antara 128.4 g dan 131.4 g. Purata kandungan abu dalam sampel susu yang dikaji menggunakan relau adalah di antara 46.5 mg/g dan 56.2 mglg. Bagi analisis lemak menggunakan soxhlet, keputusan yang diperolehi adalah di antara 300 mg/g dan 313 mg/g. Kandungan protein menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu 17.7 mg/g dan 34.3 mg/g. Penentuan kandungan mineral menggunakan ICP-OES dan AAS menunjukkan unsur-unsur yang hadir adalah kalsium, kalium, natrium, magnesium, ferum dan zink. Kandungan kalsium, kalium, natrium dan magnesium yang hadir adalah di antara 15.5 mglg dan 16.3 mg/g; 17.1 mg/g dan 20.3 mg/g; 4.5 mg/g dan 7.0 mg/g; dan 1.5 mg/g dan 2.0 mg/g masing-masing. Kandungan elemen surihan iaitu besi dan zink adalah di antara 0.01 mg/g dan 0.03 mglg serta 0.06 mglg dan 0.07 mg/g masing-masing. Secara kesimpulannya, hanya kandungan protein menunjukkan perbezaan yang ketara di antara sampel susu mentah dan susu dirawat

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cow milk, pasteurization, homogenization
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Aug 2016 09:10
Last Modified: 13 Nov 2017 10:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13731

Actions (login required)

View Item View Item