Siti Amirah Kamaruddin (2014) Memahami pembelajaran konservasi pengunjung di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003051.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada pandangan pengunjung Taman Hidupan Liar lok Kawi tentang peranan taman ini sebagai kawasan pelancongan hidupan liar yang berupaya untuk memberi kesedaran konservasi kepada masyarakat tentang kepentingan konservasi hidupan liar di Taman Hidupan liar lok Kawi. Kajian soal selidik telah dijalankan kepada pengunjung Taman Hidupan liar lok Kawi seramai 205 responden. Pembolehubah yang tidak bergantung yang ditekankan dalam kajian ini adalah nilai destinasi, nilai hidupan liar yang terdapat di taman tersebut, dan pembelajaran konservasi yang boleh didapati di taman ini. Manakala pembolehubah yang bergantung juga adalah kesedaran konservasi. Selain itu, perkaitan pembolehubah-pembolehubah ini dengan profil demografik responden juga diuji. Keputusan soal selidik diuji dengan menggunakan SPSS dan juga kaedah model persamaan struktur atau lebih dikenali sebagai Structural Equation Modeling (SEM) dilaksanakan dengan menggunakan program yang dinamakan AMOS 18 atau Analysis of Moment Structure 18 sebagai kaedah penganggaran. Melalui analisis yang dijalankan, pembolehubah yang tidak bergantung yang paling kuat yang memberikan impak yang paling tinggi untuk kesedaran konservasi adalah nilai hidupan liar (β2=0.180, sig-p p<0.05), yang mana mengekalkan hipotesis 2. Manakala hipotesis 1 (i.e. perkaitan antara nilai destinasi dan kesedaran konservasi) juga disokong dan mempengaruhi sedikit sebanyak sig-p p<0.05 (β1=0.145). Hipotesis yang terakhir, hipotesis 3 juga dikekalkan dengan pembelajaran konservasi yang diperoleh mempengaruhi kesedaran konservasi (β3=0.132, sig-p p<0.05). Keputusan menunjukkan terdapat sedikit perbezaan antara tiga pembolehubah yang tidak bergantung yang mempengaruhi tahap kesedaran konservasi para pengunjung. Secara keseluruhan, keputusan membuktikan bahawa zoo yang merupakan salah sebuah kawasan pelancongan berasaskan hidupan liar di kaptiviti dapat menggalakkan kesedaran konservasi terhadap hidupan liar.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Zoo, Wildlife Conservation, WI'ldlife Value, Destination Value, Conservation Learning |
Subjects: | Q Science > QH Natural history |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 06 Jun 2017 11:22 |
Last Modified: | 13 Nov 2017 10:40 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14632 |
Actions (login required)
View Item |