Regenerasi pucuk padi Bukit Sabah (Tadong) dari kalus

Jane Justin (2014) Regenerasi pucuk padi Bukit Sabah (Tadong) dari kalus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003052.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, biji benih padi Tadong yang digunakan sebagai eksplan telah dikultur pada media pengaruhan kalus berasaskan media N6 dengan rawatan hormon pengawalatur 2,4-0 yang berbeza iaitu lmg/L, 2mg/L, 3mg/L dan 4mg/L. Setelah lima minggu berada dalam media pengaruhan, kalus yang terbentuk dipindahkan pada media regenerasi MS dengan kepekatan hormon pengawalatur TDZ yang berbeza iaitu 1mg/L, 2mg/L, 3mg/L dan 4mg/L. Dalam pengaruhan kalus, kajian mendapati bahawa biji benih yang dikultur di atas media N6 dengan kepekatan 3mg/L 2,4-0 menunjukkan peratusan tertinggi bagi eksplan menghasilkan kalus iaitu 93.8%, diikuti media pengaruhan dengan kepekatan 2mg/L 2,4-0 iaitu 92.4%. Oalam regenerasi pucuk pula, kajian mendapati bahawa tompokan hijau pada permukaan kalus muncul terlebih dahulu sebelum pucuk terhasil. Kalus yang diaruh pada media berkepekatan 1mg/L 2,4-0 dan 2mg/L 2,4-0 dan dipindahkan pada media regenerasi dengan rawatan 2mg/L TDZ dan 3mg/L TDZ menunjukkan peratusan pembentukan tompokan hijau pada permukaan kalus yang tertinggi iaitu masing-masing dengan 75%. Untuk penghasilan pucuk pula, kalus yang diaruh pada media N6 berkepekatan 1mg/L 2,4-0 dan dipindahkan ke atas media regenerasi 1mg/L TDZ, 2mg/L TDZ dan 3mg/L TDZ mempunyai peratusan pembentukan pucuk yang tertinggi iaitu 12.5%. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kalus yang diaruh pada media berkepekatan 2mg/L 2,4-0 dan dipindahkan ke atas media regenerasi 3mg/L TDZ mempunyai peratusan pembentukan akar tertinggi iaitu 80.6%.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tadong rice seeds, callus induction, regeneration, MS supplemented
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
T Technology > TP Chemical technology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Oct 2016 12:32
Last Modified: 13 Nov 2017 10:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14633

Actions (login required)

View Item View Item