Kajian tahap penilaian amalan keselamatan makanan di premis makanan sekitar alam mesra Kota Kinabalu

Nurul Syuhada Mohd Shafie (2014) Kajian tahap penilaian amalan keselamatan makanan di premis makanan sekitar alam mesra Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003124.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan keselamatan makanan di premis-premis makanan sekitar Alam Mesra, Kota Kinabalu. Data telah dikumpul dari 170 pengendali makanan melalui borang soal selidik yang meliputi soalan yang berkaitan dengan amalan keselamatan makanan dan dari 30 premis makanan bagi menilap tahap langkah keselamatan makanan yang diambil di premis-premis makanan. Hasil kajian menunjukkan pengendali makanan mempunyai tahap amalan keselamatan makanan yang baik (98.07±8.623), namun aspek kawalan suhu merupakan aspek yang paling sukar dikawal dalam pengendalian makanan yang selamat (3.32±1.114). Malahan ujian Mann-Whitney Umembuktikan terdapat perbezaan signifikan antara pengendali makanan yang telah dan belum mengikuti kursus latihan pengendalian makanan (p=0.000<0.05). Pengendali makanan yang telah mengikuti kursus latihan pengendalian makanan mempunyai tahap amalan yang lebih baik dan pengendali makanan yang belum mengikuti kursus. Hasil kajian turut mendapati premis makanan mempunyai tahap langkah keselamatan makanan yang baik (87.03±4.432), namun aspek kawalan suhu dan kebersihan diri pengendali makanan sukar diaplikasikan dalam memastikan langkah keselamatan makanan yang baik (1.94±0.809) dan (1.97±0.654). Ujian korelasi Spearman rho mendapati korelasi negatif yang signifikan antara amalan keselamatan makanan oleh pengendali makanan dan langkah keselamatan makanan di premis makanan (r(30)=0.099,0.601>0.05). Ianya menunjukkan walaupun premis makanan mempunyai tahap langkah keselamatan makanan yang balk namun ianya tidak dapat menjamin pengendali makanan melakukan proses pengendalian makanan yang setamat.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Oct 2016 09:42
Last Modified: 06 Oct 2017 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14674

Actions (login required)

View Item View Item