Sherlyn Sherun Lasat (2011) Kajian antibakteria ke atas ekstrak halia hutan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003134.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dilakukan terhaclap tiga spesis halia hutan iaitu Etlingera axcinea, Etlngera brevilabrum, clan Paracostus speciosus, dikaji dengan tiga bakteria, Escherichia coli, Salmonella typhymurium, dan Staphylococcus aureus untuk membandingkan aktiviti antibakteria tumbuhan ini. Halia hutan diambil di tiga kawasan iaitu sepanjang jalan antara Kota Kinabalu dan Tambunan. Rizom halia dikeringkan selama dua hari dan kompoun kimia tumbuhan ini diekstrak dengan menggunakan larutan metanol. Ekstrak dievaporasi dan dipekatkan dengan menggunakan Rotary evaporator dan dimasukkan ke dalam penyejuk beku atau freeze dryer. Ujian peresapan piring digunakan untuk mengkaji aktivit antibakteria ke atas ekstrak halia hutan pada em pat kepekatan (17.5, 25, 50, dan 100 mgmL�¹). Zon perencatan di sekeliling kertas Whatman diukur untuk mengenal pasti aktivit antibakteria ekstrak pada kepekatan yang diberi. Diperhatikan bahawa ekstrak £. axcinea dan £. brevilablrum pada kepekatan 100 mgmL�¹ merencat pertumbuhan S. aureus (zon perencatan = 10 dan 8 mm), tetapl tidak merencat bakteria ini pada kepekatan yang lebih rendah atau E. coli clan S. typhymurium pacla mana-mana kepekatan yang diuji. Ekstrak P. speciosus menunjukkan keputusan yang negatif terhadap semua bakteria. Dengan membandingkan hasil kajian dan kajian kepustakaan, dijangkakan bahawa jumlah dan jenis kompaun aktif di dalam halia ini adalah faktor yang mempengaruhi aktiviti antibakteria pada halia yang diuji
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | wild ginger, Escherichia coli, Salmonella typhvmurium, Staphylococcus aureus, antimicrobial activities |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | SCHOOL > School of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Nov 2016 11:25 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 16:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14747 |
Actions (login required)
View Item |