Analisis Al-Maf’ul Al-Mutlaq dalam surah–surah Al-Mufassal: satu kajian kemukjizatan linguistik al-quran

Saini Ag. Damit and Bambang Muhamad Rafadi Yusoff (2014) Analisis Al-Maf’ul Al-Mutlaq dalam surah–surah Al-Mufassal: satu kajian kemukjizatan linguistik al-quran. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134. pp. 283-290. ISSN 1877-0428

[img]
Preview
Text
Analisis_Al.pdf

Download (48kB) | Preview

Abstract

Korpus kajian ini melibatkan dua dimensi iaitu dimensi agama dan dimensi linguistik. Dimensi agama dapat dijelaskan melalui penglibatan al-Quran yang mendasari kajian ini. Sementara dimensi linguistik dapat dikesan melalui pengaplikasian bahasa Arab yang merupakan medium al-Quran itu sendiri. Salah satu elemen tatabahasa bahasa Arab dalam gugusan “akusatif� (al-Mansubat) iaitu al-Mafcul al-Mutlaq (absolute accussive) dipilih sebagai wacana kajian bagi membuktikan bahawa kemukjizatan linguistik al-Quran bukan sahaja terletak pada keunggulan retorika dan seni sasteranya, namun ianya bermula daripada keunggulan pembentukan sistem sintaksis (al-Tarkib) dan morfologinya (al-sarf). Bagi menjelaskan fenomena ini, surah-surah al-Quran dari ketegori al-Mufassal iaitu bermula dari surah Qaf hingga surah al-Nas dianalisis secara induktif bagi mendapatkan data-data yang relevan dan signifikan untuk mengesan aspek-aspek kemukjizatan yang terkandung dalam pembentukan sintaksis dan pola morfologi elemen al-Mafcul al-Mutlaq. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik analisis dokumen dan kajian keperpustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesignifikanan di antara pengaplikasian elemen al-Mafcul al-Mutlaq dengan jenis-jenis ayat al-Quran yang terdiri daripada ayat-ayat al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah, dan terdapat juga kesignifikanan penggunaan al-Mafcul al-Mutlaq dalam surah-surah al-Mufassal dalam al-Quran yang dapat membuktikan bahawa skop kemukjizatan linguistik al-Quran dapat diperhati dan diteliti dalam sistem-sistem yang lebih kecil seperti sistem fonologi, morfologi dan sintaksisnya yang mendasari pembentukan dan kewujudan unsur-unsur wacana dan primasastera al-Quran yang sememangnya menjadi icjaz yang mencabar kelemahan dan kekurangan setiap yang mencabarnya dalam alam linguistik.

Item Type: Article
Keyword: Kemukjizatan al-Quran; linguistik; bahasa Arab; al-mafcul al-mutlaq; al-makkiyyah; al-madaniyyah; al-mufassal
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Nov 2016 15:44
Last Modified: 23 Oct 2017 15:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14881

Actions (login required)

View Item View Item