Chuah, Beng How (2007) Penghasilan jem betik campuran madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000070.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk jem betik campuran madu. Betik panjang (nama saintifik: Carica papaya) dan madu KPD digunakan sebagai bahan mentah utama dalam kajian ini. Sejumlah 9 formulasi dihasilkan daripada kombinasi 3 peratusan puri betik (35%, 38% dan 41%), 3 peratusan madu (2%, 4% dan 6%) dengan 50% gula, 0.50% pektin, 0.50% asid sitrik, 0.04% Natrium benzoat dan air. Sebanyak 4 formulasi terbaik dipilih melalui Ujian Pemeringkatan BIB (Balanced Incomplete Block Design) iaitu formulasi F1, F2, F3 dan F5, sementara satu formulasi terbaik iaitu formulasi F5 dipilih melalui Ujian Skala Hedonik iaitu dengan kombinasi 38% puri betik, 4% madu, 50% gula, 0.50% pektin, 0.50% asid sitrik, 6.96% air dan 0.04% Natrium benzoat. Dalam analisis proksimat, didapati bahawa jem betik campuran madu ini mengandungi kandungan air yang paling banyak iaitu 52.27%, diikuti dengan 44.94% karbohidrat, 1.26% of serabut kasar,, 0.77% abu, 0.72% protein dan 0.04% lemak. terdapat 3 ujian dijalankan untuk mengkaji mutu simpanan jem ini laitu Ujian Mikrobiologi, Ujian Fizikokimia (nilai pH dan darjah briks), dan Ujian Sensori Perbandingan Berganda. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa jem adalah selamat dimakan sepanjang tempo penyimpanan 12 minggu sementara ujian fizikokimia menunjukkan bahawa jem adalah stabil dari segi nilai pH dan darjah briks sepanjang 12 minggu kajian. Ujian perbandingan berganda yang dijalankan pada minggu ke-4, minggu ke-8 dan minggu ke-12 pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara jem simpanan dan jem segar, kecuali untuk jem simpanan minggu ke-12 yang menunjukkan perbezaan signifikan dalam atribut tekstur dan kebolehsapuan. Jem beäk campuran madu mempunyai penerimaan yang sederhana tinggi dan adalah setanding dengan jem buah-buahan campuran komersial jenama Lady's Choice, sementara terdapat sejumlah 78% pengguna menunjukkan keminatan untuk membeli produk baru ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Jam, Papaya, Honey, Papaya panjang, Carica papaya |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 26 May 2011 16:03 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 16:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1495 |
Actions (login required)
View Item |