Nor-ina Kanyo and Norizan Hj.Md.Nor and Ruslan Rainis and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman and Norita Jubit (2015) Tinjauan Dasar Pengurangan Jenayah di Malaysia. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space. pp. 224-234. ISSN 2231-962X
|
Text
Tinjauan_Dasar_Pengurangan_Jenayah_di_Malaysia.pdf Download (48kB) | Preview |
Abstract
Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan Bandar di dunia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sama ada di pihak pemerintah mahupun masyarakat awam keseluruhannya. Pelbagai pendekatan dan usaha dijalankan dalam menanganinya, namun kadar jenayah negara masih kurang berkesan ditangani pada keseluruhannya. Namun demikian, pihak kerajaan di negara ini tidak pernah berputus asa dalam mengurangkan jenayah, malah terus komited sehingga menjadikan aspek jenayah dalam agenda rancangan pembangunan negara. Justeru itu, kertas kerja ini cuba mengupas, meneliti dan mengetengahkan beberapa dasar yang telah dilakukan pihak pemerintah di negara ini sebagai pendekatan dan usaha dalam mengurangkan kadar pelakuan jenayah di negara ini. Bagi membolehkan perbincangan lebih jelas, penelitian dasar adalah difokuskan ke atas beberapa dasar-dasar rancangan pembangunan negara yang berhubungkait dengan aspek pengurangan jenayah iaitu daripada penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) pada 1993 sehingga terbentuknyaProgram Transformasi Kerajaan (GTP) yang berprinsipkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan manjadi landasan pembentukan National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. Sesuatu yang menarik, kertas kerja ini bukan sekadar meneliti dasar pengurangan jenayah, juga secara langsung dapat memperlihatkan komitmen pemerintah terhadap permasalahan pelakuan jenayah selari dengan pelan pembangunan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Crime Behaviour; Policy Review; GTP; Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 14 Dec 2016 15:11 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15204 |
Actions (login required)
View Item |