Amalan kepimpinan transformasi guru besar: Kaitannya dengan Ciri Sekolah Berkesan

Abdul Said Ambotang and Hassan Jamali and Cristina Andin (2015) Amalan kepimpinan transformasi guru besar: Kaitannya dengan Ciri Sekolah Berkesan. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 22. pp. 165-181.

[img]
Preview
Text
Amalan_kepimpinan_transformasi_guru_besar.pdf

Download (43kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi guru besar dan kaitannya dengan ciri sekolah berkesan melalui satu tinjauan dalam kalangan guru. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 150 orang guru yang dipilih secara rawak mudah menerusi enam buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di daerah Semporna, Sabah. Analisis statistik inferens iaitu ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data. Alat kajian terdiri daripada 82 item yang dibangunkan hasil daripada adaptasi soal selidik kajian lepas. Analisis dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara amalan kepimpinan guru besar dan ciri sekolah berkesan. Ujian korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap yang tinggi antara pemboleh ubah amalan kepimpinan transformasi dan ciri-ciri sekolah berkesan. Lanjutan daripada dapatan kajian ini, beberapa masalah telah dikenal pasti dan beberapa cadangan juga telah diutarakan.

Item Type: Article
Keyword: ANOVA , teacher transformation
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jan 2017 11:24
Last Modified: 25 Oct 2017 13:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15312

Actions (login required)

View Item View Item