Pembingkaian berita isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan Sabah: analisis perbandingan antara Daily Express dan New Sabah Times

Lee, Kuok Tiung (2015) Pembingkaian berita isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan Sabah: analisis perbandingan antara Daily Express dan New Sabah Times. MANU (22). pp. 107-136. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Pembingkaian_berita_isu_Tanah_Hak_Adat_Anak_Negeri.pdf

Download (44kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis pembingkaian berita isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan di Sabah. Sebanyak 110 buah artikel berita berkaitan tanah NCR yang diterbitkan dalam tempoh 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2012 berjaya dikumpul daripada dua buah akhbar tempatan, iaitu Daily Express dan New Sabah Times sebagai sampel data kajian ini. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah analisis kandungan menunjukkan isu tanah NCR yang paling menonjol adalah isu pemilikan tanah NCR yang spesifik kepada tuntutan dan permohonan tanah NCR. Bingkai generik yang paling banyak digunakan oleh wartawan adalah bingkai keadilan, diikuti bingkai ketelusan dan bingkai dasar dan polisi kerajaan. Sumber berita yang paling kerap dipetik oleh akhbar adalah Datuk Seri Musa Aman, iaitu Ketua Menteri Sabah, manakala dari aspek teks berita, elemen-elemen retorik, ungkapan penarik, metafora dan sebagainya telah dikesan digunakan untuk menyampaikan isi cerita dengan lebih menarik. Hasil ujian-t menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan antara isu utama, bingkai generik dan sumber yang diguna pakai oleh kedua-dua buah akhbar.

Item Type: Article
Keyword: Research news , generic frame
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jan 2017 11:24
Last Modified: 25 Oct 2017 13:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15313

Actions (login required)

View Item View Item