Rubrik pembangunan pekan sempadan Malaysia-Kalimantan: Tawau-pulau Nunukan

Abdul Rahim Anuar (2015) Rubrik pembangunan pekan sempadan Malaysia-Kalimantan: Tawau-pulau Nunukan. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 1 (1). pp. 1-18. ISSN 2462-2095

[img]
Preview
Text
Rubrik_pembangunan_pekan_sempadan_Malaysia.pdf

Download (46kB) | Preview

Abstract

Antara kawasan desa-bandar atau pinggiran-pusat, lazimnya terdapat jurang pembangunan yang membezakan kedua-duanya. Kawasan desa selalu dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan berbanding dengan kawasan bandar yang disinonimkan dengan kemajuan dan penduduknya berpendapatan tinggi. Pekan di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia selalunya berada di kawasan pedalaman dan juga dikaitkan dengan kemunduran, dan penduduknya berpendapatan rendah serta miskin. Konsep pembangunan di kawasan sempadan masih bersifat tradisional berteraskan pertahanan dan keselamatan,dan tidak kepada pembangunan ekonomi. Justeru, pembangunan di kawasan perbatasan perlu dibangunkan kearah status ekonomi lestari berpendapatan tinggi dengan tujuan mengeluarkannya daripada perangkap ekonomi mundur dan miskin. Sekalig usia juga membantu pembangunan yang lebih berimbang antara kawasan desa-bandar atau pinggir-pusat. Sehubungan itu, pekan sempadan Tawau (Sabah) dan Nunukan (Kalimantan Timur) dijadikan sebagai kajian kes. Latar belakang sosio-ekonomi di kedua-dua pecan itu dikaji untuk menilai tahap pembangunan ekonomi masing-masing. Wujud jurang pembangunan antara Tawau dan Nunukan. Oleh itu, pelaburan di kawasan sempadan menerusi inisiatif kerajaan dan swasta adalah diperlukan untuk menjana aktiviti ekonomi rentas sempadan, misalnya menerusi pembangunan dan peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan Tawau-Nunukan adalah pintu masuk utama kepasaran Malaysia bagi penduduk di Kalimantan Timur dan Filipina Selatan dan sebaliknya bagi penduduk Sabah. Rubrik pembangunan di pecan sempadan akan mengambilkira pertimbangan ekonomi, di samping mengekalkan pendekatan pertahanan dan keselamatan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.

Item Type: Article
Keyword: Border town economy, Case study, Development rubrics, Tawau, Nunukan
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 22 Feb 2017 14:08
Last Modified: 11 Oct 2017 10:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15597

Actions (login required)

View Item View Item