Clarice Gallus and Low, Kok On (2016) Tangon Dusun Liwan: satu analisis tema. Gendang Alam, 6. pp. 27-54. ISSN 2180-1738
|
Text
Tangon_Dusun_Liwan.pdf Download (45kB) | Preview |
|
|
Text
TANGON DUSUN LIWAN SATU ANALISIS TEMA.pdf Download (383kB) | Preview |
Abstract
Seperti suku dan bangsa lain di dunia ini, etnik Dusun Liwan di Mukim Kirokot, daerah Tambunan, Sabah juga kaya dengan tangon (cerita rakyat). Makalah ini memberikan tumpuan terhadap tema-tema yang terkandung dalam tangon. Bahan kajian dalam tulisan ini diperoleh daripada kerja lapangan menerusi temu bual dengan informan Dusun Liwan di beberapa buah kampung di Mukim Kirokot, Daerah Tambunan. Tangon kemudiannya telah dikategorikan mengikut tema-tema cerita. Tema-tema ini telah dianalisis berasaskan interpretasi dan perbandingan dengan cerita rakyat Barat, cerita rakyat Melayu dan cerita rakyat tempatan lain. Hasil analisis menunjukkan tangon Dusun Liwan memiliki tema yang universal dengan cerita rakyat Barat dan Melayu seperti tema penipuan, ketamakan yang merugikan seseorang, tema asal usul dan pelbagai tema lain. Terdapat juga tema dalam tangon Dusun Liwan yang jarang-jarang atau tidak ditemui (buat masa kajian ini dilakukan) dalam cerita rakyat suku dan bangsa lain seperti tema “ibu kandung yang makan anak sendiri.� Kesimpulannya, analisis perbandingan tema-tema tangon Dusun Liwan seperti ini telah menonjolkan keistimewaan tema yang terdapat pada salah satu warisan tradisi lisan milik etnik Dusun Liwan di Mukim Kirokot, Tambunan
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Dusun, Liwan, tangon, Tambunan, theme |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | Munira M |
Date Deposited: | 13 Feb 2017 12:38 |
Last Modified: | 24 Nov 2020 11:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15631 |
Actions (login required)
View Item |