Sharina Rosli (2007) Penentuan kandungan mineral dalam sayur-sayuran sebelum dan selepas di masak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000001.pdf Download (6MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kandungan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, ferum dan zink dalam sayur-sayuran hijau sebelum dan selepas dimasak. Analisis ke atas mineral ditentukan dengan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Empat jenis sayur, Sawi bunga (Brassica chinensis var. parachinensis), Bayam hijau (Amaranthus oleraoeus L.), Kangkung (Ipomea aquatica forsk. Ipomea reptans (L. ) poir) dan Kubis panjang (Brassica pekinensis (Lour.) Ruprecth) dianalisis berdasarkan keadaan segar, direbus dan dikukus. Keputusan yang diperolehi mendapati terdapat variasi dalam kandungan mineral antara sayur-sayur yang dikaji. Kandungan mineral berkurang secara signifikan (p< 0.05) dalam kedua-dua kaedah memasak. Kaedah merebus didapati menyebabkan kehilangan mineral yang lebih tinggi berbanding kaedah mengukus. Kehilangan mineral juga bergantung kepada jenis sayur yang dikaji. Kandungan natrium dalam sayur segar mengikut susunan adalah: Kangkung>Kubis panjang>Bayam hijau>Sawi bunga, kandungan kalium: Bayam hijau>Kangkung>Sawi bunga>Kubis panjang, magnesium: Kangkung>Sawi bunga>Kubis panjang>Bayam hijau. Kandungan kalsium (106.7-330.2 mg/100g) dalam semua sayur adalah tinggi, kandungan ferum antara 7.9-22.9 mg/100g manakala kandungan zink dalam Bayam hijau dan Kubis panjang tidak signifikan (p> 0.05). Daripada kajian ini, didapati kaedah mengukus lebih baik berbanding kaedah merebus dalam mengekalkan nilai mineral sayur-sayuran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Vegetables, Mineral in nutrition, Cooking methods, Absorption spectrophotometer |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 02 Mar 2011 18:08 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 13:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1650 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |