Penyelidikan ke atas pengambilan sup krim cendawan segera (dalam bentuk serbuk) oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah terutamanya dalam pengetahuan tahap nutrisi makanan

Koid, See Ting (2007) Penyelidikan ke atas pengambilan sup krim cendawan segera (dalam bentuk serbuk) oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah terutamanya dalam pengetahuan tahap nutrisi makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000005.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengambilan sup krim cendawan segera (dalam bentuk serbuk) di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan untuk mengetahui sama ada responden mengambil sup krim cendawan segera berdasarkan pengetahuan tahap nutrisi makanan atau tidak. Faktor-faktor pengambilan sup krim cendawan segera di kalangan pelajar UMS dikaji untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam pengambilan sup krim cendawan segera di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar UMS mengenai nutrisi sup krim cendawan segera dikaji juga. Responden diminta menjawab borang soal selidik yang meliputi data demografi, tahap pengambilan dan pemilihan sup krim cendawan segera (dalam bentuk serbuk) dan pengetahuan tentang tahap nutrisi makanan. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan program Statistic Package for The Social Science (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan dan mencari hubungan antara faktor. Seramai 420 orang responden iaitu 210 (50%) orang responden lelaki dan 210 (50%) orang responden perempuan telah dipilih secara rawak dari setiap Kolej Kediaman di UMS. Hasil kajian yang dijalankan dengan ujian Khi-kuasa Dua menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang kuat, positif dan signifikan di antara jantina dengan pengetahuan mengenai diet seimbang. Hal ini ditunjukkan dengan nilai X² = 8.365 dan nilai P=0.004. Manakala perkaitan di antara jantina dengan pengetahuan mengenai piramid makanan, keputusan menunjukkan hubungan yang tidak kuat dengan nilai X² = 1.691 dan nilai P = 1.194. Hasil daripada ujian didapati mempunyai hubungan yang begitu kuat di antara jantina dengan pengetahuan mengenai nutrisi sup krim cendawan segera, di mana X² = 3.315 dan nilai P=0.069. Faktor yang tertinggi mempengaruhi responden mengambil sup krim cendawan segera ialah faktor "diri-sendiri" iaitu sebanyak 207 (49.3%) orang responden manakala faktor yang tertinggi mempengaruhi tahap pengetahuan responden mengenai nutrisi sup krim cendawan segera ialah faktor "bahan bacaan" yang mempunyai 172 (41%) orang. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa tahap pengambilan terhadap sup krim cendawan segera (dalam bentuk serbuk) di kalangan pelajar UMS adalah secara sederhana.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Powdered instant mushroom soup, Food nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Mar 2011 17:54
Last Modified: 16 Oct 2017 13:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1654

Actions (login required)

View Item View Item