Azizul Rasidi Rosli (2007) Peramalan harga getah asli pada tahun 2010. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000010.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk melakukan peramalan harga getah asli pada tahun 2010. Oleh itu, satu model Autoregresi Purata Bergerak Terkamir (ARIMA) yang paling sesuai dibentuk untuk meramal harga getah asli pada tahun 2010 dengan menggunakan kaedah Box-Jenkins. Data yang digunakan ialah data purata harga bulanan dari bulan Januari 2000 hingga Disember 2006 iaitu sebanyak 84 data yang diperolehi daripada laman web Lembaga Getah Malaysia. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah pengecaman model, penjelmaan model, fungsi autokorelasi, penganggaran parameter, penyemakan diagnosis, pemilihan model dan peramalan. Kaedah yang digunakan ini akan membentuk satu model yang paling sesuai untuk digunakan dalam peramalan ini. Sebagai keputusan, model ARIMA (1, 1, 0) telah diperolehi dan digunakan untuk meramal harga getah asli pada tahun 2010.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | natural rubber, natural rubber prices, Box-Jenkins, ARIMA, |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic theory. Demography T Technology > TS Manufactures > TS1-2301 Manufactures > TS1870-1935 Rubber industry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 21 Feb 2011 17:07 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 13:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1660 |
Actions (login required)
View Item |