Analisis fitokimia dan penyaringan terhadap antibakteria, antifungi, antipengoksida dan perencat protein fosfatase daripada tumbuhan yang berpotensi dalam perubatan

Cheah, Keng Wei (2007) Analisis fitokimia dan penyaringan terhadap antibakteria, antifungi, antipengoksida dan perencat protein fosfatase daripada tumbuhan yang berpotensi dalam perubatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000012.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Etlingera fimbriobracteata dan Eurycoma longifolia Jack (Tongkat Ali) dipercayai mempunyai potensi perubatan dan digunakan sebagai ubat tradisional oleh penduduk-penduduk tempatan. Objektif dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti kumpulan-kumpulan fitokimia utama dalam E. fimbriobracteata dan E. longifolia serta menjalankan penyaringan aktiviti biologi iaitu anti-bakteria, anti-fungi, antipengoksida dan perencat protein fosfatase. Rizom E. fimbriobracteata diekstrakkan dengan menggunakan metanol 80% (v/v), etanol 80% (v/v), kloroform, dwikloromentana dan air suling manakala daun dan akar E. longifolia diekstrakkan dengan menggunakan metanol 80% (v/v) dan kloroform. Ekstrak-ekstrak tersebut dipekatkan dengan menggunakan penyejat rotari. Analisis fitokimia telah membuktikan bahawa ekstrak metanol bagi daun Eurycoma longifolia mengandungi paling banyak kompaun iaitu alkaloid, saponin, flavonoid, tanin, polifenol dan kardiak glikosida. Ekstrak etanol bagi rizom E. fimbriobracteata juga mengandungi alkaloid, tanin dan polifenol. Hasil penyaringan anti-bakteria, anti-fungi dan perencat protein fosfatase menunjukkan tiada sebarang aktiviti perencatan terhadap bakteria, fungi dan yis yang digunakan untuk melakukan penyaringan. Ekstrak kloroform bagi rizom E. fimbriobracteata menunjukkan aktiviti antipengoksidaan yang paling tinggi dengan perencatan 66.54% terhadap perosidasi asid lenolik. Ini diikuti oleh ekstrak etanol bagi rizom E. fimbriobracteata (62.37%) serta ekstrak metanol bagi daun E. longifolia (56.43%).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fitokimia, Protein fosfatase, Etlingera fimbriobracteata , Eurycoma longifolia Jack, Tongkat Ali
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Mar 2011 17:49
Last Modified: 16 Oct 2017 13:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1662

Actions (login required)

View Item View Item