Penilaian prestasi alam sekitar dalam aspek kesedaran alam sekitar dan 3R di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Siti Hamizah Muhd Hussin (2007) Penilaian prestasi alam sekitar dalam aspek kesedaran alam sekitar dan 3R di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000013.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Isu-isu alam sekitar dewasa ini menjadi masalah yang besar di negara kita. Penilaian prestasi alam sekitar dapat membantu dalam memelihara alam sekitar dan meminimumkan pencemaran alam sekitar yang berlaku. Satu kajian yang bertajuk "Prestasi Alam Sekitar: Dalam Aspek Kesedaran Alam Sekitar dan 3R Di Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah" telah dibuat untuk membantu meningkatkan lagi kelestarian universiti disamping pelajar dapat memandu masyarakat luar untuk turut sama memelihara alam sekitar. Untuk itu, kaedah borang soal selidik telah digunakan dan diedarkan kepada 400 orang pelajar UMS dan borang soal selidik dikembalikan semula oleh 385 pelajar yang terdiri daripada 120 orang pelajar lelaki dan 265 orang pelajar perempuan untuk menilai tahap kesedaran dan kefahaman mereka terhadap alam sekitar dan 3R. Data mentah dikodkan dan dianalisis dalam perisian SPSS versi 12 bagi mendapatkan frekuensi pengagihan dan hubungan korelasi pembolehubah yang ditetapkan. Pemerhatian dibuat di beberapa kawasan dalam UMS untuk mengkaji tahap kebersihan dan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Pengumpulan data dibuat untuk melihat kekerapan program berkaitan dengan alam sekitar yang dijalankan di UMS. Keputusan akhir kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran alam sekitar dan kefahaman pelajar terhadap konsep 3R adalah di tahap yang 'memuaskan'. Namun begitu, penilaian terhadap sikap dan amalan pelajar yang sederhana dalam interaksi mereka kepada alam sekitar menunjukkan kesedaran dan kefahaman yang ada pada mereka tidak saling mempengaruhi (p>0.05). Kira-kira 5.3 % kekerapan program berkaitan dengan alam sekitar dan 3R dijalankan di UMS pada sepanjang tahun 2006. Kesedaran alam sekitar dan 3R pelajar tidak dipengaruhi oleh penyebaran maklumat yang dibuat UMS (p>0.05). Program pendidikan kesedaran harus dipertingkatkan lagi bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap alam sekitar dan 3R selain memperuntukkan perundangan alam sekitar dalam universiti.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Environmental protection, Assessment of enviromental performances, Pollutions
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Mar 2011 17:45
Last Modified: 16 Oct 2017 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1663

Actions (login required)

View Item View Item