Darwis Awang (2016) Hubungan kompetensi dan prestasi kerja dalam kalangan pentadbir Universiti Malaysia Sabah: Penghakupayaan sebagai moderator. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Hubungan kompetensi dan prestasi.pdf Download (17MB) | Preview |
Abstract
Kecemerlangan sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan kompetensi individu. Berdasarkan teori dan Model Kompetensi Bongkah Ais McClelland, sebuah model perhubungan telah dibina yang mengandungi pembolehubah kompetensi, prestasi kerja dan penghakupayaan. Persoalan kajian ini adalah 1) apakah terdapat hubungan langsung antara kompetensi individu (KI) secara keseluruhan dan secara dimensional dengan prestasi kerja individu (PKI); 2) apakah terdapat hubungan langsung antara pembolehubah penghakupayaan (PN) dengan PKI; dan 3) apakah PN boleh berperanan sebagai moderator terhadap hubungan antara KI keseluruhan dan secara dimensional dengan PKI. Objektif kajian ini adalah 1) mengenalpasti hubungan langsung antara kompetensi individu (KI) secara keseluruhan dan secara dimensional dengan prestasi kerja individu (PKI); 2) mengenalpasti hubungan langsung antara pembolehubah penghakupayaan (PN) dengan PKI; dan 3) mengenalpasti kesan PN sebagai moderator hubungan antara KI keseluruhan dan secara dimensional dengan PKI. Kajian ini dijalankan ke atas 98 responden yang terdiri daripada skim Pegawai Tadbir dalam gred N41 hingga gred N48 di Kampus Induk UMS, Kota Kinabalu. Sebanyak lima (5) hipotesis telah dibina. Kajian ini mengguna pakai perisian Smart Partial Least Squares (PLS) versi 2. Kajian mendapati, 1) wujud hubungan langsung antara kompetensi individu (KI) secara secara dimensional dengan prestasi kerja individu (PKI); 2) terdapat hubungan langsung antara pembolehubah penghakupayaan (PN) dengan PKI; dan 3) tiada kesan PN sebagai moderator terhadap hubungan antara KI keseluruhan dan secara dimensional dengan PKI. HasH kajian memberikan implikasi kepada Pengurusan Sumber Manusia, kajian dalam bidang sumber tenaga manusia dan implikasi kepada Pengurusan Tertinggi di UMS. Beberapa batasan kajian telah dikenalpasti
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | personal competencies, McClelland Iceberg Competence Theory, performance, empowerment |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Department: | FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 20 Nov 2017 10:15 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 10:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16854 |
Actions (login required)
View Item |