Nurul Ain Repin (2011) Kajian populasi order serangga lepidoptera, hemiptera dan orthoptera di Kg. Indai, Tuaran dan Kg. Nagapas, papar yang tertarik kepada perangkap cahaya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kajian_populasi_order_serangga_lepidoptera.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Beras merupakan sumber makanan utama penduduk di Sabah. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini, produktiviti beras di negeri ini didapati tidak mencukupi. Salah satu penyebab kepada masalah ini adalah serangan serangga-serangga dan order Lepidoptera, Hemiptera dan Orthoptera. Bagaimanapun, kajian populasi serangga dari order-order tersebut di kawasan penanaman padi utama di negeri ini masih kurang dijalankan. Maka, kajian ini telah dijalankan di Kg. Indai, Tuaran dan Kg. Nagapas, Papar untuk membandingkan populasi serangga dari order Lepidoptera, Hemiptera dan Orthoptera yang tertarik kepada perangkap cahaya. Penyampelan semua serangga dari order tersebut dilakukan dengan menggunakan perangkap cahaya iaitu satu kaedah piawai dalam kajian populasi serangga. Penyampelan dijalankan selama 14 malam secara berterusan pada peringkat vegetatif padi iaitu bermula ketika padi berumur 21 hari. Purata Order Lepidoptera, Hemiptera dan Orthoptera adalah masing-masing 34.70, 97.63, 1.33 dan 24.33, 142.43, 5.00 di Kg. Indai, Tuaran dan Kg. Nagapas, Papar. Ujian ANAVA menunjukkan bilangan serangga antara order antara dua kampung mahupun sesama serangga tidak berbeza. Walaupun tidak terdapat perbezaan bilangan serangga di kedua-dua kampung berkenaan tetapi kepadatan ini cukup tinggi dan ada kemungkinan kerosakan padi di kedua-dua kampung ini disebabkan oleh Lepidoptera, Hemiptera dan Orthoptera. Oleh itu, berdasarkan kepada kajian ini dicadangkan supaya satu kajian dijalankan di masa hadapan untuk mengaitkan kelimpahan Lepidoptera, Hemiptera dan Orthoptera dengan kerosakan padi di kampung-kampung terse but untuk membolehkan pihak petani mengetahui status kerosakan padi mereka adalah akibat serangan serangga atau akibat sebab lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | rice, population, Lepidoptera, Hemiptera, Orthoptera, light trap |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | Munira M |
Date Deposited: | 07 Jun 2017 14:30 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 10:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17028 |
Actions (login required)
View Item |