Kesan rawatan haba yang berbeza terhadap nilai pemakanan cendawan liar, Volvariella volvaceae

Karen Kalianon (2013) Kesan rawatan haba yang berbeza terhadap nilai pemakanan cendawan liar, Volvariella volvaceae. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_rawatan_haba_yang_berbeza_terhadap_nilai.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan rawatan haba yang berbeza ke atas nilai pemakanan cendawan liar jenis boleh makan, Volvariella volvacea serta mengetahui rawatan haba yang terbaik bagi menjamin kualiti nilai pemakanan yang maksima. Sampel cendawan liar jenis boleh makan dipetik segar dari kawasan pedalaman yang berdekatan dengan Ladang Kelapa Sawit Sg. Sapi, Sandakan. Dalam kajian ini, kesemua sampel (segar dan dengan rawatan haba pada 40°C, 50°C dan 60°C) telah menjalani analisis proksimat seperti penentuan kandungan kelembapan, abu, serat kasar, lemak, protein kasar serta karbohidrat. Sampel segar dianalisis terus bagi catatan untuk komposisi pemakanan cendawan segar. Komposisi pemakanan telah dikaji untuk kandungan kadar kelembapan, abu, lemak, serat kasar, protein serta karbohidrat. Keputusan bagi nilai pemakanan cendawan segar ialah kandungan kelembapan (85.28%), abu (1.06%), lemak (0.77%), serat (3.77%), protein (13.88%) dan karbohidrat (80.52%). Selepas menerima rawatan haba untuk tiga suhu yang berbeza, cendawan tersebut juga dianalisis bagi mengetahui nilai pemakanannya. Nilai yang dicatat ialah 55.42%, 10.86% dan 8.3% (kandungan kelembapan), 5.33%, 10.05% dan 10.14% (abu), 5.3%, 1.65%, dan 1.56% (lemak), 21.78%, 20.22% dan 6.77% (serat), 12.75%, 38.4% dan 33.35% (protein) serta 76.62%, 49.90% dan 54.95% (karbohidrat) masing-masing keputusan bagi suhu 40, 50 dan 60°C. Analisis statistik telah dijalankan menggunakan perisian SPPS versi 18, dengan One-way ANOVA pada aras p<0.05 bagi mengetahui sama ada haba memberi kesan yang signifikan kepada komposisi makanan atau tidak. Keputusan analisis menunjukkan bahawa haba memberikan kesan kepada komposisi makanan pada aras p<0.05 bagi setiap tahap suhu. Secara keseluruhan, nilai bagi kandungan kelembapan, lemak, serat dan karbohidrat menurun apabila dirawat dengan haba kecuali abu dan protein. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa rawatan haba yang terbaik bagi menjamin nilai pemakanan cendawan adalah pada suhu 50°C memandangkan kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi telah dicatat. Selain itu, kandungan tenaga serta jumlah kalori cendawan yang dirawat pada suhu ini adalah rendah iaitu 1562.15 kj dan 368.05 kcal dan sesuai untuk pemakanan yang sihat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: heat treatments, nutritional value, wild edible mushroom
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:30
Last Modified: 13 Oct 2017 10:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17033

Actions (login required)

View Item View Item