Keperluan latihan dalam pengendalian lepas tuai tanaman pisang oleh para pekebun kecil pisang di daerah Pontian, Johor

Muslihah Mokeramin (2013) Keperluan latihan dalam pengendalian lepas tuai tanaman pisang oleh para pekebun kecil pisang di daerah Pontian, Johor. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Keperluan_latihan_dalam_pengendalian_lepas_tuai.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenalpasti tahap keperluan latihan pengendalian lepas tuai tanaman pisang bagi para pekebun kecil pisang telah dijalankan di Daerah Pontian, Johor. Objektif kajian ini adalah 1) untuk mengetahui latar belakang para pekebun kecil pisang di Daerah Pontian, Johor 2) untuk mengenalpasti tahap keperluan latihan oleh para pekebun kecil pisang terbabit dalam pengendalian Iepas tuai pisang 3) untuk mengenalpasti hubungan antara latar belakang para pekebun kecil terbabit dengan tahap keperluan latihan mereka. Kaedah yang digunakan bagi proses pengumpulan data adalah melalui borang kaji selidik. Sebanyak 50 orang respondan telah dipilih melalui teknik persampelan secara rawak. Hasil daripada analisis data diterangkan dalam bentuk jadual. Kajian ini mendapati bahawa tahap keperluan latihan para pekebun kecil pisang terhadap aspek pengendalian lepastuai pisang adalah berbeza. Didapati tahap keperluan latihan oleh pekebun keeil pisang yang paling tinggi adalah aspek pengurusan dalam proses penggredan. Seterusnya, kajian mendapati tahap keperluan latihan adalah berbeza mengikut ciri-ciri latar belakang pekebun keeil. Hasil keputusan menggunakan analisis korelasi pangkat Spearman menunjukkan bahawa pengalaman pekebun kecil dalam bidang penanaman dan pengeluaran pisang mempunyai hubungan dengan tahap keperluan latihan pengendalian lepas tuai pisang. Ini bermakna semakin lama penglibatan dalam bidang tersebut, semakin berkurangan keperluan latihan dalam pengendalian Iepas tuai pisang. Oleh itu, tahap kecekapan dalam pengendalian lepas tuai turut meningkat. Hasil kajian ini diharap akan dapat digunakan sebagai rujukan bagi pembentukan tajuk-tajuk latihan untuk pelaksanaan program latihan kelak terutamanya untuk mereka yang terlibat dalam kajian ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: banana smallholders, post-harvest handling, training
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:31
Last Modified: 13 Oct 2017 14:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17049

Actions (login required)

View Item View Item