Siti Norain Aziz (2014) Penyaringan fitokimia dan potensi antimikrob dari ekstrak akues dan etanolik tumbuhan Cyperus rotundus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Penyaringan_fitokimia_dan_potensi_antimikrob.pdf Download (14MB) | Preview |
Abstract
Cyperus rotundus tergolong dalam keluarga Cyperacea dan turut dikenali sebagai rusiga, merupakan rumpai paling invasif dalam bidang pertanian. Kajian terhadap tumbuhan ini dilakukan bagi mengenal pasti kesan pelarut yang berbeza: akues dan etanol, yang telah digunakan dalam kaedah pengekstrakan Soxhlet ke atas kehadiran sebatian fitokimia tumbuhan ini dan juga bagi mengenalpasti potensi antimikrobial daripada tumbuhan ini berdasarkan dua jenis pelarut yang berbeza. Selain itu, kajian ini juga turut membandingkan kesan penyaringan fitokimia dan aktiviti antimikrobial ekstrak berdasarkan dua bahagian tumbuhan iaitu bahagian rizom dan daun. Penyaringan fitokimia bagi ekstrak etanolik daun dan rizom mendedahkan kehadiran sebatian seperti alkaloid, tannin, f1avanoid, glikosida. Anthrakuinon hanya didapati hadir pada sebatian etanol rizom dan tidak pada ekstrak etanol daun. Disamping itu, penyaringan fitokimia ekstrak akues rizom C rotundus mendedahkan kehadiran sebatian alkaloid manakala bagi ekstrak akues daun pula hanya sebatian glikosida dan tannin telah hadir. Ekstrak etanolik dan akues rizom dan daun rusiga ini juga turut melalui ujian antimikrobial terhadap bakteria gram positif iaitu Staphylococcus aureus dan Salmonella typhimurium serta bakteria gram negatif iaitu Escherichia coli dan Pseudomas aeruginosa menggunakan kaedah cakera resapan Zon perencatan aktiviti antimikrobial menunjukkan ekstrak etanol daun mempunyai aktiviti antimikrobial yang lebih baik diikuti oleh ekstrak etanol rizom. Manakala, ekstrak akues tumbuhan tidak memberikan sebarang kesan antimikrobial. Secara keseluruhannya, penggunaan etanol sebagai bahan pelarut adalah lebih signifikan terutamanya dalam aktiviti penyaringan fitokimia tumbuhan ini dan juga terhadap aktiviti antimikrobial. Selain itu, tumbuhan ini juga berpotensi untuk menjadi sebagai suatu sumber kepada perubatan moden hari ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Cyperus rotundus, antimicrobial, extraction, aqueous, ethanol |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | Munira M |
Date Deposited: | 06 Jun 2017 12:08 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 14:22 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17051 |
Actions (login required)
View Item |