Nur Hanisah German (2014) Kesan media tandan kosong kelapa sawit dan serat mesokarpa terhadap kualiti buah cili secara fertigasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
kesan_tandan_kosong_kelapa_sawit_dan_serat_mesokarpa.pdf Download (740kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan media tandan kosong kelapa sawit dan serat mesokarpa ke atas kualiti Capsicum annuum Linn. Dalam kajian ini, terdapat tujuh rawatan berbeza iaitu, coco peat (rawatan kawalan), kisaran tandan kosong (TK) terawat, kisaran halus TK terawat, serat mesokarpa terawat, kisaran TK, kisaran hal us TK dan serat mesokarpa. Sampel biojisim kelapa sawit diambil dari Kuala Lumpur Kepong (KL Kepong), Jalan Tungku Lahad Datu. Sampel dirawat dan diproses semula di Makmal Ladang, Sekolah Pertanian Lestari (SPL). Cili ditanam menggunakan teknik fertigasi dan hasil dituai selepas tiga bulan. Buah eili pada indeks 2 dan 5 dituai pada masa yang sarna. Antara kualiti yang diuji ialah hasil buah eili, pH buah, keasidan titrat, kandungan pepejal larut, vitamin C, kelembapan buah dan bahan kering buah. Keputusan kajian mendapati, kisaran TK terawat menunjukkan hasil buah yang sarna dengan coco peat pada hampir semua parameter yang diuji termasuk panjang buah, garis pusat, berat basah dan berat kering buah eili. Hal ini kerana, pH media kisaran TK terawat adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok eili. Manakala, serat mesokarpa adalah antara media yang mencatat kualiti kimia yang tertinggi. Hal ini disebabkan oleh eiri-dri media yang hampir sarna dengan media kawalan. Ciri-eiri tersebut adalah, kebolehan mengikat air yang tinggi, kandungan EC yang optimum, saiz partikal yang keeil, pengudaraan yang baik, dan nisbah C/N yang rendah. Oleh itu, kisaran TK terawat dan serat mesokarpa berpotensi dijadikan pengganti coco peat Namun, media ini dapat menghasilkan kualiti buah eili yang lebih baik sekiranya dieampur dengan media lain. Bagi kajian akan datang, kajian kandungan Capsaicin dan carotenoids perlu dilaksanakan. Selain itu, kajian biologi dan mikrobiologi juga perlu bagi melihat interaksi antara nutrien dan mikrob.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Empty fruit bunch (EFB), mesocarp fiber, Capsicum annuum Linn, coco peat |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 12 Jun 2017 15:42 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 14:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17067 |
Actions (login required)
View Item |