Pengetahuan, sikap dan amalan para pesawah padi di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang terhadap Pertanian Lestari

Fatin Nur Syamim Moho Noor (2015) Pengetahuan, sikap dan amalan para pesawah padi di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang terhadap Pertanian Lestari. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
pengetahuan_sikap_dan_amalan_para_pesawah_padi.pdf

Download (881kB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di sekitar Daerah Seberang Perai Utara (S.P.U.), Pulau Pinang bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan para pesawah padi terhadap pertanian lestari dengan bilangan responden seramai 50 orang. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui latar belakang para pesawah padi di Daerah S.P.U seterusnya untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) pertanian para pesawah terhadap pertanian lestari di samping mengetahui hubungan antara ciri-ciri latar belakang para pesawah dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) mereka terhadap pertanian lestari. Kaedah yang digunakan dalam melaksanakan proses pengumpulan data ialah Kaedah Tinjauan Deskriptif dengan meggunakan borang kaji selidik yang telah disahkan. Maklumat yang diperolehi dari bora ng kaji selidik tersebut dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Maklumat demografi pengguna telah dikumpul dan tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) para pesawah telah di kesan melalui nilai min skor. Hasil analisis kolerasi Spearman's rank dan Chisquare mendapati terdapat nilai signifikan bagi setiap faktor yang telah dianalisis. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara latar belakang demografi responden dan tahap pengetahuan, sikap dan amalan ke arah pertanian lestari.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seberang Perai Utara, Pulau Pinang,knowledge, attitude and practices (KAP), paddy farmer
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 Jun 2017 12:34
Last Modified: 13 Oct 2017 15:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17071

Actions (login required)

View Item View Item