Kesan hormon BAP dan NAA terhadap pembentukan JSP Orkid Dendrobium Tortile secara In Vitro

Nur Adilah Abd Wahab (2011) Kesan hormon BAP dan NAA terhadap pembentukan JSP Orkid Dendrobium Tortile secara In Vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
kesan_hormon_BAP_dan_NAA_terhadap_pembentukan_JSP.pdf

Download (725kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penggunaan hormon naphthalene acetic asid (NAA) dan benzylamino purine (SAP) terhadap pembentukan jasad seperti protokom (JSP) orkid Dendrobium tortile. Media asas yang digunakan adalah V2 Murashige dan Skoog (MS) yang dicampurkan dengan hormon yang dimana kepekatan NAA dan SAP yang berlainan setiap satunya secara berasingan. Terdapat 12 rawatan termasuk kawalan yang dilakukan dan setiap satunya dibuat sebanyak tiga replikasi. Terdapat enam jenis kepekatan hormon NAA iaitu 0.5, 1.0, 1.5, 2.0 dan 2.5 mg ml1 manakala enam jenis kepekatan hormon BAP iaitu 0.5, 1.0, 1.5, 2.0 dan 2.5 mg ml-1. Rekabentuk eksperiman yang digunakan adalah secara rawak lengkap (CRD) dengan tiga replikasi. Data dicerap setiap tujuh hari dan dianalisis dengan melihat kesan perbezaan jenis hormon dan perbezaan kepekatan hormon terhadap pembentukan dan perkembangan pada eksplan. Parameter-parameter yang dicerap adalah purata pembentukan JSP, peratus eksplan membentuk pucuk dan peratus eksplan yang mati oleh setiap eksplan. Keputusan menunjukkan bahawa media dengan tambahan 1.5 mg ml1 BAP telah menunjukkan peratus pembentukan JSP yang tinggi iaitu 50% dengan purata pembentukan pucuk sebanyak 33.3%. berbanding dengan rawatan media yang lain. Keputusan ini menunjukkan bahawa pembentukan JSP Den. Tortile telah berjaya dilakukan dengan menggunakan media tambahan 1.5 mg ml1 SAP.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Naphthalene acetic asid, hormone, explants, protocorm Den
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 05 Jul 2017 10:01
Last Modified: 13 Oct 2017 15:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17100

Actions (login required)

View Item View Item