Nur Isnimah Dora Satung (2013) Perbandingan habitat rama-rama (Geometridae dan Limacodidae) di hutan dan ladang kelapa sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Perbandingan_habitat_rama-rama_.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membuat perbandingan habitat dan perumah larva rama-rama antara famili Geometridae dan famili Limacodidae. Terdapat enam lokasi kajian yang telah dijalankan iaitu Hutan Simpan lembah Danum, Hutan Simpan Sapi, Hutan Simpan labuk, ladang Sawit Danum Palm, ladang Sawit Sapi 2 dan ladang Sawit Jalil Alip. Makmal Entomologi Sekolah Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah digunakan untuk proses pengenalpastian spesies rama-rama. Buku ‘Moth of Borneo' dan 'Hostplant of the Moth and Butterfly Caterpillars of the Oriental' digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang spesies rama-rama dan perumah larva rama-rama. Hasil dapatan mendapati tiada perbezaan bererti di antara perumah larva rama-rama famili Geometridae dan famili Limacodidae. Sebanyak 111 spesies rama-rama dan sebanyak 412 individu telah disampel bagi kajian ini. Hutan mempunyai jumlah spesies yang lebih tinggi iaitu 106 spesies dan sebanyak 369 individu famili Geometridae telah disampel mana kala rama-rama famili Umacodidae sebanyak 5 spesies dan 13 individu telah disampel. Analisis statistik parametrik ANAVA sehala tidak dilakukan pada famili Umacodidae kerana data tidak mencukupi (lampiran A). Tidak terdapat perbezaan bererti bagi perumah larva rama-rama dengan subfamili rama-rama Geometridae; Ennominae, Geometrinae, Sterrhinae dan Desmobathrinae. Hutan mempunyai purata perumah yang tinggi (2.96) berbanding ladang kelapa sawit (1.67).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | habitat, larval hostplant, Geometridae, Limacodidae |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | Munira M |
Date Deposited: | 05 Jul 2017 09:56 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 12:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17371 |
Actions (login required)
View Item |