Pengetahuan dan sikap para pelajar Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terhadap pertanian organik

Norsasha Faradhila Abdul Hamid (2013) Pengetahuan dan sikap para pelajar Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terhadap pertanian organik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengetahuan_dan_sikap_para_pelajar_Sekolah_Pertanian.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan sikap pelajar sains pertanian di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terhadap pertanian organik. lnstrumen kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian maklumat demografi, pengetahuan dan sikap responden. Seramai dua ratus dua puluh lapan responden telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dan telah diedarkan borang soal selidik kepada setiap pelajar. Hasil kajian secara deskriptif mendapati majoriti responden mengetahui konsep pertanian organik tetapi tidak secara menyeluruh. Hubungan antara pengetahuan dan sikap menunjukkan terdapat hubungan yang bererti dan menunjukkan pengetahuan responden terhadap pertanian organik mempengaruhi sikap responden dalam amalan pertanian organik. Penekanan perlu diberikan kepada para pelajar tentang pertanian organik supaya dapat melahirkan graduan bidang pertanian yang serba tahu mengenai sistem pertanian yang lestari termasuklah dalam pertanian organik yang mesra alam sekitar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: level of knowledge, attitude, agricultural science student, organic agriculture
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 21 Jun 2017 11:58
Last Modified: 16 Oct 2017 12:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17396

Actions (login required)

View Item View Item