Profil kimia dan aktiviti antibakteria makrouken genus pseudocyphellaria di Mesilau, Sabah

Ho, Kah Wai (2015) Profil kimia dan aktiviti antibakteria makrouken genus pseudocyphellaria di Mesilau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Profil kimia dan aktiviti antibakteria.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji tentang metabolit sekunder makroliken genus Pseudocyphellaria dari Mesilau Sabah. Tiga objektif telah disasarkan untuk dicapai dalam kajian ini, iaitu menentukan profil kimia pati liken, memencilkan sebatian sekunder utama liken dan menilai potensi antibakteria sebatian sekunder utama liken Pseudocyphellaria. Pati liken diekstrak dengan metanol dan diprofil dengan Kromatografi Lapisan Nipis, Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi serta data spektroskopi ¹H Resonans Magnet Nuklear. Dua triterpena telah dipencil daripada fraksi 2 dan 5 melalui sistem pelarut heksana:ethil asetat 3: 1. Sebatian kimia pertama, K-1 merupakan hopana yang dikenali sebagai 7β-acetoxy-22- hydroxyhopane yang terpencil daripada liken Sticta billardierii Del. pada tahun 1966. Sebatian kimia kedua, K-2 merupakan hopana yang dikenali sebagai Dustanin ataupun 15a,22-dihydroxyhopane yang terpencil daripada kulat Aspergillus pada tahun 1995. Potensi bioaktif antibakteria semua sebatian kimia telah diuji dengan empat bakteria, iaitu Staphylococcus aureus ATCC 25923, Listeria monocytogenes ATCC 12932, Salmonella typhimurium ATCC 13311 dan Yersinia enterolitica ATCC 23715 (Microbiologics, Amerika Syarikat) melalui kaedah Minimum Inhibitory Concentration (MIC) dan Minimum Bactericidal Concentration (MBC). K-1 dan K-2 tidak menunjukkan potensi bioaktif antibakteria yang nyata (>500 µg/ml). β

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mesilau, Pseudocyphellaria, 7β-acetoxy-22-hydroxyhopane, Dustanin, Antibacterial
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 16 Nov 2017 16:21
Last Modified: 16 Nov 2017 16:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17500

Actions (login required)

View Item View Item