Kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap proliferasi protokorm dimorphorchis lowii (orchidaceae)

Monishcy Lully Anak Mail (2011) Kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap proliferasi protokorm dimorphorchis lowii (orchidaceae). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap prouferasi.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap proliferasi protokorm Dimorphorchis lowii. Kajian telah dijalankan selama 60 hari dengan menggunakan protokorm peringkat ke 3 fasa pertumbuhan yang diperolehi daripada percambahan secara in vitro. Protokorm dikultur pada media asas Knudson C dengan penambahan asid asetik naptalena (NAA), 6-Benzilaminopurin (SAP) dan Kinetin (KN) pada kepekatan dan kombinasi yang berbeza. Semua kultur disimpan di dalam bilik kultur pada suhu 25±2°C dan 24 jam pencahayaan. Selepas 60 hari pengkulturan, didapati rawatan hormon BAP secara tunggal (2.0 mg/L dan 5.0 mg/L) dan kombinasi 1.0 mg/L NAA dengan 2.0 mg/L atau 5.0 mg/L memberikan peratus proliferasi yang tertinggi dengan julat 20.00±10.00 - 35.10±7.77%. Namun, penghasilan protokorm sekunder didapati tertinggi pada rawatan 1.0 mg/L NAA + 2.0 mg/L SAP dengan nilai min sebanyak 8.36±6.82. Oleh itu, rawatan 1.0 mg/L NAA + 2.0 mg/L SAP dipilih sebagai rawatan yang terbaik untuk menggalakan proliferasi protokorm serta penghasilan protokorm sekunder bagi spesis D. lowii.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: auxin, cytokinins, proliferation, Dimorphorchis lowii, protocorm
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 16 Nov 2017 15:34
Last Modified: 16 Nov 2017 15:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17520

Actions (login required)

View Item View Item