Nur Analina Bacho (2014) Penjerapan ion logam kuprum( Cu2+) oleh tandan kosong kelapa sawit terawat asid hidroklorik(HCI). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Penjerapan ion logam kuprum( Cu2+) oleh tandan kosong kelapa sawit terawat asid hidroklorik(HCI).pdf Download (665kB) | Preview |
Abstract
"Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kebolehan tandan kosong kelapa sawit dalam penyingkiran logam berat kuprum. Tandan kosong kelapa sawit terlebih dahulu diubahsuai menggunakan asid hidrokiorik. Kajian dilakukan dengan menggunakan berat tandan kosong kelapa sawit terawat dan kepekatan awal larutan yang berbeza. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan pada nilai pH yang berbeza dengan menambah larutan logam berat yang mempunyai pH berbeza keatas berat logam berat bagi mendapatkan jumlah maksimum logam berat yang dijerap. Daripada keputusan yang diperolehi, didapati bahawa jumlah logam yang dijerap adalah paling tinggi apabila sebanyak 1.5 g tandan kosong kelapa sawit terawat dimasukkan ke dalam larutan. Jumalah logam yang dijerap adalah sebanyak 1.089 mg/g. Jumlah logam yang dijerap paling tinggi juga dapat diperolehi pada kepekatan larutan sebanyak 50mg/L iaitu 1.903 mg/g. Disamping itu, pH 9 juga menunjukkan jumlah logam dijerap yang paling tinggi iaitu 0.536 mg/g. Sebagai kesimpulan, tandan kosong kelapa sawit terawat mampu menyingkirkan Ion logam kuprum dan boleh dijadikan alternatif bagi menggantikan karbon teraktif.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | "heavy metals, hydrochloric acid , fruit bunches |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 16 Nov 2017 16:20 |
Last Modified: | 16 Nov 2017 16:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17545 |
Actions (login required)
View Item |