Penggunaan modul transisi Pendidikan Islam Tahun Satu: kajian kes di sebuah sekolah rendah dalam daerah Penampang

Eka Noorul Azwani Darwin (2013) Penggunaan modul transisi Pendidikan Islam Tahun Satu: kajian kes di sebuah sekolah rendah dalam daerah Penampang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Penggunaan modul transisi Pendidikan Islam.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Program Transisi dilaksanakan bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan rutin pembelajaran pada tahun pertama persekolahan. Perancangan aktiviti serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian penting pada peringkat ini kerana ia akan memberi kesan kepada personaliti, pembentukan tingkah laku malah prestasi pelajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui secara mendalam penggunaan Modul Transisi Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah dalam daerah Penampang.P endekatan" mixed method' laitu gabungan kajian kualitatif dan kuantitatif telah digunakan berdasarkan reka bentuk Penerokaan Berturutan bagi memperolehi data yang diperlukan. Kajian kes dilaksanakan pada fasa pertama dengan membuat pemerhatian temubual dan analisis dokumen berkaitan untuk mengetahui kaedah dan kesan penggunaan modul. Seorang guru telah dipilih sebagai peserta kajian ini bagi memperolehi penilaian terhadap kesesuaian dan ciri-ciri modul dari aspek reka bentuk dan isi kandungan. Hasil pemerhatian dan temubual telah dianalisis dan ditranskripsikan berdasarkan nota lapangan dan rakaman audio video mendapati bahawa penggunaan modul ini adalah sesuai serta membantu guru dan murid dalam tempoh pembelajaran transisi. Kesahihan data dilakukan melalui kaedah triangulasi pelbagai sumber dan pengesahan peserta kajian. Bagi mengukuhkan lagi dapatan mengenai penilaian guru terhadap ciri-ciri modul, maklum balas diperolehi daripada 101 responden yang telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dilaksanakan dan ditadbir menggunakan borang soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alfa Cronback keseluruhan 0 .942. Program perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi. Keputusan ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara reka bentuk (r=. 903, p<. 01) dan aspek isi kandungan (r=. 930, p<. 01) dengan kesesuaian penggunan modul. Selaras dengan dapatan itu, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk penambah baikan pembinaan modul.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Transition Program, Modul Tansisi, Pendidikan Islam, primary school, Sequential Exploration design
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Nov 2017 12:58
Last Modified: 23 Nov 2017 12:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17610

Actions (login required)

View Item View Item