Modul Psikospiritual-Mangsa Banjir (MPS-MB) serta-merta dan separuh penggal (MID-TERM) pasca banjir

Ferlis Bullare @ Bahari and Rosnah Ismail and Dahlan A. Malek (2016) Modul Psikospiritual-Mangsa Banjir (MPS-MB) serta-merta dan separuh penggal (MID-TERM) pasca banjir. Modul Psikospiritual-Mangsa Banjir (MPS-MB) serta-merta dan separuh penggal (MID-TERM) pasca banjir. pp. 1-6.

[img]
Preview
Text
Modul Psikospiritual-Mangsa Banjir (MPS-MB) serta-merta dan separuh penggal (MID-TERM) pasca banjir.pdf

Download (98kB) | Preview

Abstract

Penerokaan mengenai aspek psikologi mangsa banjir dan keperluan pembentukan modul psikologi dilihat sebagai keperluan penting selepas berlaku bencana banjir besar. Kajian ini dijalankan untuk membentuk Modul PsikoSpiritual-Mangsa Banjir (MPS-MB) yang bakal digunapakai oleh mangsa banjir di negeri Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung Malaysia. Seramai 130 mangsa banjir di Gua Musang dan Manik Urai, Kelantan dan Kuching, Sarawak dijadikan sebagai responden kajian. Pemilihan berdasarkan senarai mangsa banjir yang berdaftar di pusat pemindahan banjir. Kajian ini menggunakan reka bentuk exploratory sequential design iaitu dimulakan dengan Fasa 1: Kajian kualitatif, Fasa Interim: Proses Pembinaan Modul dan Fasa 2: Kajian kuantitatif iaitu menguji kesahan muka dan kesahan kandungan oleh pakar dalam bidang psikologi bencana. Di samping itu, kumpulan pengkaji turut menguji trauma mangsa banjir dengan menggunakan soal selidik Peritraumatic Dissociative Experiences Questionnaire (PDEQ) dan Peritraumatic Distress Inventory (PDI). Hasil kajian kualitatif menjadi asas dan panduan kepada pembinaan MPS-MB yang merangkumi lima (5) unit dan 17 aktiviti. Kesahan muka dan kesahan kandungan MPS-MB seterusnya disemak dan dinilai oleh pakar dalam bidang psikologi. Pembentukan MPS-MB mampu menjana ilmu pengetahuan mengenai pengalaman sebenar mangsa banjir berkaitan aspek psikologi dan spiritual. Hasil kajian dan pembentukan modul ini juga membolehkan masyarakat khususnya mangsa banjir mengetahui persediaan masa hadapan agar dapat mengurus dan mengurangkan impak psikologi yang negatif ke atas mangsa bencana banjir.

Item Type: Article
Keyword: Modul psikospiritual-mangsa banjir; pasca banjir
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 23 Nov 2017 13:05
Last Modified: 23 Nov 2017 13:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17614

Actions (login required)

View Item View Item